Kisah budak yang mau melintas jalan.

Ini kisah budak yang baru belajar melintas jalan.

Pada awalnya, semasa di rumah, ibunya akan memberitahu agar melintas jalan perlu untuk melihat ke kiri dan ke kanan jalan dahulu. Ini untuk memastikan tiada kenderaan yang melalui jalan tersebut semasa melintas. Namun, setiap kali untuk melintas jalan ke sekolah.

Bila di sekolah, sewaktu cikgu mengajar kaedah melintas jalan, maka budak ni pon sentiasa dapat menjawab dengan baik segala persoalan yang diutarakan oleh cikgunya. Ini kerana budak ini telah diberitahu oleh ibunya sebelum ni berkaitan kaedah melintas jalan. Bila di sekolah, ilmunya mengenai kaedah melintas jalan hanya ditambah dengan informasi yang kurang diketahuinya sahaja.

Namun demikian, bila tiba waktunya. Budak ni sudah membesar dengan baik. Kini tiba waktu untuk budak ni melintas jalan sendiri tanpa bantuan ibunya mahupun dibimbing oleh cikgu sekolahnya sendiri. Namun di dunia realiti dalam melintas jalan ni, budak tersebut tidak mampu melakukannya. Biar dia sangat cemerlang semasa kelas melintas jalan oleh cikgunya. Akan tetapi, dia tidak dapat melakukannya sendiri bila tiba di dunia realiti.


**inilah yang berlaku pada kebanyakan kita sekarang. Segala ilmu telah dicurahkan serta mendapat bimbingan sepenuhnya. Tapi bila di dunia realiti. Kita tak mampu. Kenapa?

2 comments:

  1. Achievement in life and knowledge are 2 different things - separated, yet intertwined with each other.

    A wise man once said to me that achievements require knowledge, skills and wisdom. Wisdom however are things which cannot be taught.

    =D

    ReplyDelete
  2. kisah budak yang mahu melintas jalan..

    Ana: Adik, kenapa menangis di sini?

    Adik: Saya nak lintas jalan..

    Ana: Lintas sajalah. Kan tak ada kenderaan..

    Adik: Mak saya kata, kalau nak lintas kena tunggu kereta lalu dulu. Dari tadi tak ada kereta lalu.. Motor buruk adalah..

    Ana:(Tak tahu nak kata apa)

    Hehe..

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.