Tuesday, April 13, 2010

Kereta canggih, OTAK sangat canggih...

Ini situasi yang menarik. Selalu aku jumpa, tak kira di mana-mana bandar besar mahupun di kawasan kampung (biasanya orang paling kaya la..)

Masalah yang berlaku dengan orang berkereta canggih, sempoi mahupun cantik nih ialah tindakan semasa memandu sangat menjengkelkan dan menyakitkan jiwa. Berikut adalah tindakan BODOH atau lebih sedap didengari sebagai KURANG BIJAK oleh pemandu kereta berharga tinggi serta berteknologi tinggi ni:

1. Bawak laju macam dah tercirit dalam seluar kat taman perumahan.
2. Tukar lane tanpa beri isyarat lampu / tangan (kalo boleh bagi la).
3. Buang sampah keluar tingkap sesuka hati.
4. Kereta cantik, kebersihan kereta tak jaga (serupa macam muka cantik, berak tak basuh).
5. Bawak keta canggih, bawak keta melopong, macam xpernah bawak keta.

So, tindakan-tindakan yang macam nie merupakan contoh tindakan yang bukan sahaja membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain, tetapi jugak menjadi petunjuk bahawa semakin ramai orang yang banyak duit tapi tak banyak ilmu.

Maka canggihkan otak anda untuk lebih bertimbang rasa dan tampak profesional walau apa jenis kenderaan yang anda gunakan. Jangan diturutkan nafsu serakah pemanduan ibarat syaitan kerana membahayakan nyawa sendiri dan jugak orang lain.

5 comments

bro... artikel okey...! tapi gua rase kena kasi santai lagi....hehehe good job! jangan luperr dtg tempat gua kasi komen! gua newbie...TQ

www.crownigua.blogspot.com

hehehe bawak 50 60 sudey kan lal? hahaha

nasib baik aku takder keter canggih..hahahahha..

kereta canggih????huh..nasib baik tak ada..=)

Sebarang komen amatlah dihargai.