Kepada sesiapa yang GELOJOH.

Gelojoh = Lahap = Rakus = Serakah....

Itu maksud yang sedia ada dan sewaktu dengannya..

Berdasarkan apa yang aku lihat, sikap gelojoh ni akan timbul, bila wujud perasaan tamak serta emosional yang membuak-buak dalam hati. Bila semua perasaan ni dah tidak boleh dikawal lagi, maka tindakan gelojoh akan berlaku.

Pada kebiasaannya, gelojoh akan berlaku pada waktu makan. Bila serakah makan, ditambah dengan emosi yang tidak dapat dikawal akibat mau makan, maka kaedah makan yang digunakan pon dah mula tidak terkawal. Segalanya mahu dimasukkan dalam mulut. Ini kerana pada waktu ni la segalanya tampak sedap.

Untuk elakkan dari gelojoh nih, kita kena pastikan segalanya berada di bawah kawalan kita termasuk nafsu. So, bila nafsu, emosi dan pemikiran di bawah kawalan, maka kegelojohan boleh dikawal. Maka anda akan menjadi lebih sopan santun dan bahagia dengan kehidupan anda.

Kerana, tindakan gelojoh boleh mengundang padah yang mungkin juga membahayakan nyawa anda.

2 comments:

  1. Kadang2 org yg tamak akan lebih berjaya dari org yg tak penah ada impian..hihihi related tak..ahahha

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.