Berani walaupun kurang pandai.(Versi cakap English)

Memng lumrah manusia. Bila kita kurang pandai, kita akan merendah diri. Takut untuk melalui apa jua yang ada di depan kita. Juga kita takut dikatakan sebagai bertindak Pandai-Pandai dalam apa2 hal. Untuk hidup, kita kena berani walaupun kita kurang pandai. Namun, pastikan keberanian kita tue biar bertempat. Bukan sekadar untuk menyelamatkan diri sehinggakan kita pandai-pandai bertindak yang akhirnya memudaratkan kita.

Ini satu kisah benar yang aku lalui semasa hantar mak & abah g umrah. Ia bermula bila aku dalam ERL perjalanan pulang ke KL Sentral.

Aku terserempak dengan 2 orang "mat Salleh" ni. Aku bajet "mat Salleh" la... Tapi sangkaan aku meleset sebabnya 2 orang lelaki "mat Salleh" ni tak pandai cakap English. Dia tanya aku berkaitan camna nak p KL Sentral. ERL nih, kena nek brapa stesen untuk sampai ke KL Sentral. Aku pon jawab la dengan English yang jugak kurang berkualiti macam depa nih, "this is an express train". Tapi masalahnya depa xpaham jugak. Terpaksa ubah perkataan "this train straight away arrive at KL Sentral". Itu ayat yang terbaik yang akhirnya Edward ngan Paul ni paham.

Rupanya bila dah dok dalam tren baru aku taw, 2 orang mamat nih orang Argentina. Bertugas sebagai polis kat sana. Edward & Paul nak p KLCC yang depa gelarkan sebagai Petronas Tower. Yang menariknya, setiap perbualan aku ngan mamat Argentina nih, aku kena buat 2 3 kali perubahan struktur ayat dan perkataan dalam English. Yang ni aku rasakan sangat menarik sebabnya aku kena pastikan aku punya perkataan tepat, difahami dan mudah untuk didengari oleh mamat 2 orang nih.

Sebenarnya 2 orang mamat ni transit ja dalam perjalanan dari China ke Buenos Aires. Flight depa delay 7 jam kat KL. Dengan beraninya depa sanggup p tanya sana sini untuk p KLCC n tangkap gambar. Jadi, sesampainya di KL Sentral, aku hanya dapat bantu depa ni untuk p kat stesen ERL untuk depa balik ke KLIA dan jugak camna nak amek tren p KLCC.. Tue pon bersusah payah aku pastikan depa ingat segala "landmark" yang ada kat KL Sentral tue..

Ikutkan hati aku memang aku nak bawak depa sampai ke KLCC, tapi aku sangat suntuk untuk bergegas ke Bukit Jalil malam tue. Yang penting aku berjaya tolong 2 orang foreigner nih.

Kesimpulannya, walaupun anda tak pandai cakap English, usaha jugak. Kalo tak, anda tidak akan dapat pengalaman berjalan di negara orang. Yang penting, usaha itu akan dapat menaiktarafkan kebolehan kita berbahasa Inggeris.
Diriku
April 6, 2010
4

Comments

  1. hahaha btol2 ;D
    asal kan dpt mmbantu~

    ReplyDelete
  2. Aku dah confius
    ko orang sabah ker kedah?
    hahaha
    aku kalau orang cakap depa2 nih orang utara selalu

    ReplyDelete
  3. konfirm ke argentina..ato orang malaysia gak kut.hahahaha

    ReplyDelete
  4. selalu rasa rendah diri sebab selalu fikir yang orang putih semuanya terror cakap english. sekali tak semua pon reti tp at least diorang usaha :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Maksud sebenar “belajar pandai-pandai supaya hidup senang”

Sejak kecil, kita kerap kali dipesan oleh mak bapa tentang kepentingan untuk be…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau takda pasukan, kita gerak dulu !

Saya masih ingat kali pertama berjumpa dengan manusia penuh…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Mari kita belajar daripada kisah taubat Barisan Nasional

Kejayaan Barisan Nasional untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri S…

Hebat!