Sabar.

Bila orang mengalami masalah, musibah, bencana, kecelakaan mahupun seksaan. Perkataan popular yang akan keluar dari mulut orang ramai ialah SABAR. Maka dengan perkataan ni, bolehlah meredakan hati, perasaan mahupun emosi orang yang bermasalah tadi.

Memang bagus. Sabar la ya... Sabar... Itu satu tindakan yang baik.

Sabar pon merupakan sebahagian daripada IMAN (bagi orang Islam yang mengamalkan Islam la).Jadi, sesiapa yang bersabar, maka bertambah imannya, serta bertambah pahalanya. Yang penting tiang agama (yakni solat) tidak dilupakan.

Tahukah anda bahawa perkataan SABAR ni juga mampu menimbulkan kemarahan. Kadang-kadang, bila semakin banyak perkataan SABAR ni dikeluarkan, maka ia akan menyebabkan lebih beremosi seseorang yang bermasalah tadi. Dan tidak teragak-agak juga akan menyebabkan orang bermasalah tadi semakin MARAH!

Jadi, dalam usaha untuk menenangkan hati orang yang sebegini, maka diharap anda menjadi lebih kreatif. Sabarkan ia dengan perkataan lain ataupun bertindak sehingga individu sebegini boleh bersabar.

Bukan apa, orang yang sedang mengalami masalah ni, segalanya berada dalam sangat tidak stabil serta amat sensitif. Kreativiti diperlukan untuk menenangkan orang ini dan kembali stabilkan diri dia...
Emosi
March 28, 2010
3

Comments

  1. kadang2 sabar je x boleh. kena la selesaikan masalah tu. cuma perlu buat dengan cara yang terbaik la. jangan sampai menyusahkan orang lain sudey. nanti orang ingat awak gila. hahaha :p

    ReplyDelete
  2. Kalo orang pkir gila, payah jugak..hoho....

    ReplyDelete
  3. Betul tu...
    kalau aku pun, mesti rasa org tu annoying gila...=___=
    aku selalunya bagi kata2 semangat kat org dalam bahasa yg bebeza...
    kadang2 ada certain words yg bunyi agak amusing dan buat org tersenyum
    at least cool down juga org tu...

    *tapi depends dgn keadaan..jgn la time org tgh sedih sebab kecelakaan or bencana kita pulak nak buat scene happy...ade jugak penyepak melayang ke muka..

    p/s:oh panjangnya comment aku...*

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

2021 yang power!

Tahun 2021 ni sangat power! Mana taknya, sedar-sedar dah hujung bulan Januari d…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa maksud Normal Baharu atau Kebiasaan Baharu ?

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, keh…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Hebat!