Wednesday, March 31, 2010

Pentas kita semua.

Dalam hidup, berbagai pentas dan peringkat yang akan dilalui.

Pentas MAIN.
Biasanya kita akan berada satu pentas di mana kita merasakan untuk bergembira bersama kawan-kawan. Kadang2 kawan kita tue langsung xkenal. Tapi tetap nak berkawan dan bermain. Masa ni biasa kita berada pada umur 12 tahun ke bawah. Sangat seronok untuk bermain. Walaupun selalu kena pukul atas kesalahan yang dibuat, tapi hasil kena pukul tue la berjaya membolehkan aku paham apa yang salah apa yang betul.

Pentas KENALPASTI.
Pada pentas ke 2, kita akan mula akil baligh. Mula lebih mengenali diri. Pada pentas kali ni, kita akan bertindak untuk mencuba pelbagai perkara. Malah pada masa ni jugak kita akan lebih menjurus kepada orientasi seks yang normal dirasai manusia. Kadang2, pada pentas ni la orang akan tersilap langkah sehingga tersalah pilih orientasi seks mereka yang menyebabkan mereka lebih SELESA dengan kaum sejenis. Maka pentas ke 2 juga turut penting. Untuk beraksi dengan betul, maka perlu berada pada landasan yang betul.

Pentas KEMATANGAN.
Pada pentas nie biasanya kita akan mula mencari pekerjaan. Mula ada hati nak kawen. Mula nak rasa hidup sendiri. Dan mula nak rasa semua benda. Mungkin masa ni jgak kita akan rasa banyak benda. Semua boleh rasa. Baik atau buruk tue semua pilihan dari kita. Maka semasa beraksi di pentas kematangan ni segalanya mungkin. Segalanya boleh. Cumanya ia akan bagi kesan positif atau tidak pada kita. Itu yang perlu kita paham.

Dalam melalui segala pentas yang aku sebutkan tadik, berikut ialah soalan yang akan kita lalui:
1.Dapat no brapa dalam kelas?
2.UPSR dapat brapa A?
3.Skarang belajar di sekolah mana? Asrama ek?
4.PMR berapa A?
5.SPM brapa A?
6.Blajar kat mana skarang? Sambung degree ka atau keja?
7.Dah abes blaja? Sambung master tak?
8.Dah keja ka skarang? Kat mana? Sebagai apa?
9.Dah ada gf/bf ka? Bila nak kawen?
10.Kenduri nak wat bila? Kat mana? Brapa hantaran??



Ini antara 10 soalan yang WAJIB dijawab sepanjang melalui pentas2 nih... Inilah realiti kita.

3 comments

Soalan-soalan tersebut memang inti pati realiti...
Walau dicongak atau dibahagi,
tetap berbalik ke soalan-soalan itu tadi...
Jawapan-jawapannya, bergantunglah pada individu itu sendiri

p/s:ok...sgt rhyme comment aku ni...

hmmm..yup. pasti akan ada yg bertanya soalan2 tu.
kdg2 rimas. kdg2 gembira utk bagi jawapan.
bergantung kepada keadaan.

betul... Perasaan dia jadi RIMAS+GELI+GERAM+PUAS ATI + Lain-Lain....huhuhu

Sebarang komen amatlah dihargai.