Kenapa perlu berniaga?

Bagi umat Islam, semua mengetahui bahawa punca utama rezeki dalam dunia nie datang dari berniaga. Tapi ramai yang tak sedar, mungkin kerana tak tau di mana nak mula, bagaimana nak mula, takut jatuh muflis dan bermacam2 alasan sehinggakan majoriti umat Islam di Malaysia hanya kerja makan gaji.

Kiranya dari makan gaji ni, cuti ada, keja ikut masa yang ditetapkan saja dan jugak, pakej untuk kesihatan jugak sudah confirm ada. Itu pemikiran kita. Nak mudah saja.

Tapi ini fakta berdasarkan perkiraan kasar aku mengenai aliran wang tunai yang berlaku setiap hari. SETIAP HARI... ini yang berlaku.

Realiti 1.

Syarikat telekomunikasi seperti Celcom contohnya. Kalo la secara kasar ada 1 juta pelanggan sehari. Yang akan mengantar SMS antara satu sama lain setiap 5 minit (selang masa 5 minit la). Dan caj yang dikenakan untuk setiap SMS adalah sebanyak 1 sen. Pendapatan Celcom setiap 5 minit akan jadi RM10ribu. Setiap 5 minit tue.


Realiti 2.

Rating Akademi Fantasia kiranya yang diterbitkan oleh Astro kita kirakan secara kasar 1 juta penonton setiap hari. Bayaran untuk bill Astro, RM1 sehari. Dan kalo pelanggan ni akan maintain guna Astro selama 3 bulan sepanjang tempoh Akademi Fantasia berlangsung. Maka pendapatan Astro akan menjadi RM1juta sehari. Itu belum masuk untuk undi SMS lagi.

Realiti 3.
Setiap orang akan membelanjakan lebih kurang RM10 sehari untuk makan. Bayangkan kalo dalam sesebuah Universiti la. Untuk memudahkan kita nampak realiti duit nih. Kira kasar dalam 10ribu pelajar universiti setiap hari yang perlu makan. Maka perbelanjaan untuk makan sehari di sesebuah universiti adalah sebanyak RM100ribu SEHARI.

Jadi, dari 3 realiti utama nih, kita dapat tau bahawa setiap hari, malah setiap saat, ada saja aliran wang. Ke sana kesini. Waktu kita tidur pon, wang tetap mengalir. Jadi rezeki tu ada saja di mana-mana. Maka jangan bagi alasan untuk malas berniaga. Dan kepada yang dah berniaga, pastikan jalan yang anda gunakan untuk berniaga adalah jalan yang HALAL.
Fikir2
March 26, 2010
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Hebat!