Kedai mamak yang berjaya!

Trend sekarang, orang suka melepak mahupun makan di kedai mamak. Biarpun dari segi tahap kebersihan kedai mamak ni kurang memuaskan, namun kejayaan kedai mamak ni tidak dapat dinafikan lagi. Kaedah pemasaran yang agak minimum, pelanggan yang ramai, servis yang cepat dan tangkas malah sedap lidah merasa makanan mahupun minuman.

Kalo kita tengok kedai mamak, pekerjanya (walaupun majoritinya merupakan pekerja asing), hubungan antara pekerja (yakni pelayan kedai mamak) nih sangat menarik. Mereka ni seolah-olah ada kimia (chemistry) antara satu sama lain. Pesan apa saja, dah la ingatan kuat, pesanan pun sampai tepat pada waktu perut yang sedang berkeroncong.

Nak dibandingkan pulak dengan kedai lain, hubungan antara pelayan dengan orang yang memasak, mahupun yang menyediakan minuman. Seolah-olah tiada hubungan hati ke hati yang selalunya menyebabkan pesanan lambat sampai mahupun pesanan yang sampai, salah dari apa yang dipesan (walaupun kedai mamak ni mengalami masalah dari segi hubungan bahasa).

Moralnya di sini, hubungan hati ke hati atau lebih menarik antara pekerja kena la ada kimianya (chemistry) antara satu sama lain kerana ia penting demi menjamin kesejahteraan di kalangan pekerja (sebab bekerja dengan enjoy), serta kepuasan pelanggan yang bekerja.
Fikir2
March 29, 2010
4

Comments

  1. salam,

    glamour mamak tue masuk blog =)
    erm mamak senang nak lepak, ada wifi. bg guy boleh merokok, plus mamak ada bukak 24hours. kalau time nak tgk bola, serbu reramai lah jawabnya ha ha ha ;p

    mamak!

    ReplyDelete
  2. whoa!
    mapley's rule~~~:Pp
    dekat mapley boleh buat gathering dgn member2...

    p/s:teh o ais mapley the BEST!

    ReplyDelete
  3. Hidop mamak!!! wahahaha....

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…