Saturday, March 20, 2010

Antara Rasis dengan Kuasa Politik.


Banyak saja orang katakan UMNO itu satu Parti yang rasis. Terutama UMNO Baru. Kiranya dari pandangan sebahagian besar pihak ialah PKR yang mementingkan KEADILAN rakyat Malaysia merupakan parti bersifat Nasional (pada hakikatnya lain). Pendapat yang sama juga dilontarkan oleh Parti DAP yang majoriti ahlinya dari orang Cina dan India.

Apa itu rasis sebenarnya??

Rasis merupakan sesuatu individu atau kumpulan manusia yang percaya bahawa bangsanya sahaja yang dianggap unggul atau yang mendukung kepada bangsa lain di dunia. Sehingga dia sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan bangsanya mendapat tempat sebagai bangsa yang unggul.

Dari tindakan yang dibuat UMNO, bukanlah UMNO mahu untuk menyingkirkan bangsa lain. Malah UMNOlah merupakan parti politik yang paling banyak bertolak ansur dengan parti terutama dari bangsa lain untuk membolehkan bangsa lain hidup aman dan harmoni di Malaysia.

Dengan adanya UMNO, maka taraf kewarganegaraan dapat dinikmati oleh orang Cina mahupun India. Lebih menarik lagi hasil tolak ansur orang UMNO dari keturunan Melayu inilah yang membolehkan orang Cina dan India di Malaysia boleh membolot sehingga 70% penguasaan ekonomi di Malaysia. Ada ka negara lain yang boleh bagi kebahagiaan sampai tahap camni?

Adakah UMNO rasis???

Apa yang ada dengan tindakan yang dibuat oleh orang UMNO kini, adalah untuk memastikan politik negara stabil. Kuasa politik dikekalkan. Yang Di Pertuan Agong sentiasa mendapat tempat tertinggi di dalam kuasa politik negara kita.

Kalo ada parti yang cuba mempersoalkan kedudukan perlembagaan negara terutama perkara paling sensitif yakni berkaitan Islam, mahupun YDPA. Mereka ini sepatutnya dihukum sebagai RASIS.

Maleh nak cakap pasal PAS sebabnya parti ini sendiri patut paham, dalam perjuangan menegakkan Islam, ia bergerak secara berjemaah. Sekalipun ia dalam satu jemaah, dan ditambah pula jemaah itu satu jemaah yang besar, maka ia takkan terlepas dari membuat DOSA. Betulkan pemikiran anda tentang syurga & neraka untuk orang UMNO. Kerana semua umat Islam HAMBA kepada Allah.

1 comments :

ir nizar pon ada cakap jugak pasal rasis ni
hehe
ada fakta menarik die keluarkan
;)

Sebarang komen amatlah dihargai.