Aku juga punya cita-cita..

Inilah lumrah dunia.. Setiap orang ada cita-cita, impian, visi dan jugak misi.. Ada yang cita-cita nak jadi doktor, nak jadi cikgu, nak jadi engineer dan ada jugak yang nak jadi Perdana Menteri.

Jadi, untuk capai cita-cita tue, kena la ada usaha yang berterusan sampai la cita-cita kita tue tercapai. Aku ada masalah dengan cita-cita aku. Hingga aku terpaksa mengubah segala cita-cita aku bila tiba masa untuk aku buat keputusan.


Bila nak jadi pilot, aku dikatakan tidak sesuai dengan karier nih, kerna aku sangat bersosial sifatnya. Begitu juga steward.

Namun, bila aku berusaha untuk cari keja, xdak pulak yang aku mintak ada bunyi2 pilot ka apa... Pening kpala aku...

Bila tengok balik resume, seolah-olah hidup aku ni huru-hara. Tiada arah tuju yang spesifik.. Men hentam saja apayang aku boleh join, aku join, apa yang layak aku apply... Semacam aku tiada jalan yang ditunjukkan untuk jadi apa lepas nih.

Dengan kerjaya yang aku ada skang ni, semakin hari ia semakin memudaratkan aku. Badan jadi makin kering.. Jiwa semakin dikacau dengan unsur -ve yang aku dah tak boleh lawan secara positif.

Jadi skang apa cita-cita aku??? Entah.. Aku bengang dengan diri aku skarang.
Diriku
March 13, 2010
0

Comments

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…