Menjadi blogger terhormat.

Blog.. Dah jadi trend untuk kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang nak jadi blogger. Tapi masalahnya, xdak idea...

Bila dah xdak idea nak menulis, ada saja kaedah yang dianggap BIADAP digunakan..

Contoh:

1. Copy pastekan berita dari memana sumber berita yang dianggap menarik untuk menarik minat orang masuk blog kita.

2. Copy pastekan gamba yang diupload oleh sesiapa di mana-mana blog atau website. Mungkin kerana gamba ni menarik dan mendapat hits yang tinggi, maka gambar ini boleh dianggap sebagai MENCURI sekiranya tidak disertakan link kepada pemilik asal.

Ini 2 benda yang orang selalu buat.

Maka, untuk memastikan anda dihormati sebagai seorang blogger, perlulah anda pastikan karya atau penulisan mahupun perkongsian dalam blog adalah HASIL KARYA ANDA SENDIRI. Kalo ya pon dapat idea dari memana sumber lain, buatlah pengolahan sendiri. Kerana ia akan memberikan banyak faedah pada diri, otak serta kemahiran untuk anda berfikir.

2 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.