Tuesday, February 23, 2010

Kenapa tanahair berkait rapat dengan kita?

Tanahair. Itulah yang digambarkan sebagai Malaysia, tanah tumpah darah kita. Ungkapan ini juga boleh membawa maksud wujudnya hubungan antara tanah dan air yang ada di Malaysia di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang terhasil dari gabungan 2 elemen alam yang utama ni.Lihat sendiri, mana-mana negeri yang wujud pada asal pembentukan Malaysia, setiap negeri terhasil dari gabungan tanah dan air.
 
Begitu juga kita, warganegara Malaysia. Tak dapat dipisahkan dari berjalan di atas tanah dengan udara lembap sepanjang tahun.
 
Kebanyakan rakyat Malaysia akan lebih tenang dan berasa lebih selesa untuk melepaskan stress dengan berada di tepi pantai. Samada untuk berehat, bersantai mahupun berekreasi. Lebih selesa untuk diadakan di tepi pantai di mana titik pertembungan antara tanah dan air ini bergabung.
 
Begitu juga makanan, kalo tiada dari hasil tanaman dari tanah, mahupun ternakan di tanah, tidak dihidangkan bersama hasil laut. Maka hidangan kurang enak dan kurang menaikkan nafsu makan.
 
Jadi, kenapa negara kita, Malaysia kadangkala diungkapkan sebagai TANAH AIR? Kini, anda tahu jawapannya. :p

2 comments

Tetiba Patriotik ni...
Roh 1Malaysia dah masuk kot???
hahahaha

Aku sememangnya patriotik.. pasal aku sangat alert ngan situasi Satu Malaysia... Ahahaha... Anda bila lagik?aha

Sebarang komen amatlah dihargai.