Berjimat bersama Keretapi Tanah Melayu.

Mungkin info ni ramai yang tak tahu.

Sekiranya anda melancong atau mengembara menggunakan perkhidmatan keretapi melalui syarikat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sebenarnya anda layak untuk mendapat sekurang-kurangnya 50% diskaun untuk perkhidmatan Komuter.

Contohnya, anda ingin mengembara dari KL Sentral ke Butterworth, Pulau Pinang.

Anda dah beli tiket keretapi kelas ke 2 dengan harga RM34.

Semasa memulakan perjalanan, anda perlu naik Komuter dari Shah Alam ke KL Sentral (memandangkan umah yang anda stay di Shah Alam, sebagai contoh). Apa yang perlu anda buat ialah untuk menunjukkan tiket KTMB anda dari KL Sentral - Butterworth dan anda akan menikmati diskaun tambang dari 50% hingga 100%.

Dah jimat untuk pergi ke KL Sentral.

Begitu juga ketika balik, sekiranya anda masih menggunakan perkhidmatan KTMB untuk balik dari Butterworth ke KL Sentral, maka anda masih layak untuk menikmati penjimatan untuk tambang Komuter ke mana-mana destinasi (yang ada komuter la).

Tips ini hanya layak untuk SATU tiket KTMB sehala & sekali sahaja...

**Ini kalo nak berjimat.. Kalo nak cepat sampai, amek flight la yer... :p
Info Menarik
February 22, 2010
5

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…