Kuasa Satu Undi.



Mungkin ada tempat sekarang yang sibuk dengan proses kempen pilihanraya. MUNGKIN ya...

Kebanyakan manusia spesis muda sekarang semakin bertambah pengetahuannya pasal undi mengundi ni sejak kes perubahan "luar biasa" dalam politik Malaysia. Namun, bila berlaku pilihanraya walau kecil sifatnya (contohnya piihanraya universiti), kebanyakan spesis muda homo sapien ni akan mengambil jalan mudah untuk tidak mengundi ataupun pergi mengundi untuk menjalankan proses merosakkan undi.

Pada mereka, undi tu tak begitu penting untuk masa depan mereka. Walhal, situasi ni sangat membahayakan landskap politik negara yang menjalankan proses demokrasi ni seperti Malysia.
2 tindakan berkaitan undi yang banyak dijalankan oleh pengundi muda ialah:

1. Langsung tidak mengundi.
2. Mengundi dengan membuat undi rosak.

Setiap pemimpin yang bertanding untuk mengundi nie memerlukan satu jumlah undi yang cukup banyak untuk melayakkan mereka dijadikan pimpinan dalam sesuatu organisasi terutamanya untuk membentuk "kerajaan" di sesuatu kawasan.


Aku bayangkan 2 kes utama nie sebagai sepinggan nasi.Sebab aku pilih nasi, kerana orang Malaysia lebih 90% makan nasi setiap hari.

Untuk membahagiakan perut kita yang lapar, biasa kita akan makan sejumlah nasi untuk menyelamatkan perut kita dari rasa lapar. 2 persoalan utama yang patut dijawab:











1. Adakah dengan makan 1 biji nasi saja sudah cukup untuk membahagiakan perut kita??

2. Kalo ada sejumlah nasi yang mentah sifatnya atau beras yang dimasak ni rosak, adakah nasi tu juga akan membahagiakan perut kita?


Dari sini, setiap biji nasi aku boleh katakan sebagai satu undi untuk mencukupkan sejumlah undi yang diperlukan untuk mendapat jawatan dalam pilihanraya. Kalau ada undi yang rosak, maka juga akan merosakkan proses pilihanraya. Kalo sejumlah besar biji nasi yang rosak, maka ia juga akan merosakkan proses makan kita.

Maka, jadilah warganegara yang bijak. Jangan sampai tergadai tanah warisan ini pada orang yang kurang bertanggungjawab. Jalankan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

Sebiji beras tak ada, tak bahagia perut.
Satu undi tak ada, tak cukup bilangan undi.

Inilah kuasa satu undi.





*membahagiakan perut xbermakna kenyang. Ia hanya bersifat ilustasi yang memudahkan pemahaman.

2 comments:

  1. aku baru teringat.. aku dah umur 24 tapi blum daftar sbg pengundi... huu.. nnti lps aku grad yer...

    kalu uni aku.. slalu gak pi coblos(cr org indonesia mengundi).. pilih presiden BEM.. aku suka tgk diorg wat kempen.. huhu

    ReplyDelete
  2. aahaha... Bagus Qismina.... Moga ko dapat menjadi pengundi yang bijak dan bertanggungjawab.

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.