Tuesday, January 5, 2010

Konsep reunion....

Bila dah masuk era keja nih, maka ramai la member2 lama yang ajak nak wat reunion beramai-ramai. Konon untuk menyatukan balik kita yang dulu bernaung di bawah satu organisasi yang sama cthnya skolah, matrik, U dll...

Kebanyakan proses reunion ni terjadi, hanya untuk berjumpa, bergelak ketawa sambil mengenang kembali zaman yang pernah dilalui bersama. Kalo waktu zaman tue kita berbaik, maka ok la jadinya.. Tapi mcm mana plak kalo zaman tue, kita mmg xpernah bermesra??? Maka alasan terbaik ialah, waktu reunion ni la nak berbaik semula dan kembali bermesra.. Ok, ini alasan yang boleh diterima (ikhlas @ x xtau lagi).

Konsep reunion yang aku cadangkan ialah dalam 2 bentuk:

1.Konsep melibatkan program untuk junior.
-maksud aku, konsep ni mcm kita wat program untuk junior di tempat kita bernaung sebelum ni.Sharing pengalaman & perasaan.
-at least sumthing yang kita fikirkan boleh bagi manfaat pada junior kita untuk tempuh era hidup yang akan datang.
-kelebihan konsep nih, kita yang datang wat program ni akan lebih kerjasama dan faedah didapati untuk bebudak di organisasi yang kita bernaung sebelum nih.


2. Konsep reunion secara berseronok & berekreasi.
- konsep ni bersifat suka2 dan boleh diterima kalau ianya mempunyai perancangan yang rapi untuk kembali menyatukan semua yang datang untuk reunion.
- perkara yang perlu dititik beratkan ialah bagaimana untuk membuatkan ia tampak menari, rapi dan tersusun.
-kalo konsep ni xberjaya, maka reunion menjadi sia2 dan hanya memberikan kesan pada orang tertentu saja.
-pastikan tiada kejadian duduk secara berpuak dan sesi mengumpat antara satu sama lain.Ini hanya akan memburukkan keadaan.



**ini sekadar idea dari aku. Untuk aku organizekan benda ni, boleh saja. Cuma kerjasama dari pihak terbabit amat diperlukan.Kalo susah sangat nak bagi kerjasama, tlg tengok Wonder Pets di TV9 untuk keterangan lanjut.

Sebarang komen amatlah dihargai.