Thursday, January 14, 2010

Di mana kelebihan diri?

Aku asyik saja terpikir, di mana letaknya kelebihan yang ada pada diri aku.. Begitu juga orang lain. Setiap orang ada kelebihan masing2. SEMUA ya, bukan sesetengah orang.

Namun, ia bergantung pada orang tue, samada dia cepat atau lambat jumpa kelebihan yang ada pada diri dia. Ada jugak orang yang malang, dia xpernah jumpa kelebihan yang ada pada diri kita.

Pada aku, untuk kita tau di mana letaknya kelebihan diri tue, kena wujudkan hubungan ngan banyak orang. Maksud aku banyakkan kawan di sekitar hidup kita. Biar ramai, dan biar variasi latarbelakang kawan2 kita. Namun, risiko yang perlu diambil ialah kita akan mudah terpengaruh dengan member2 yang "kurang" baik. Di sinilah letaknya jatidiri dalam diri kita. Asas dalam diri kena kuat.

Berkenaan dengan pandangan orang lain atau buah mulut orang lain tak perlu kita hiraukan. Sebabnya mulut manusia nie, sampai kiamat pon takkan berhenti untuk berkata2. Perlu jaga hati dan perasaan ja, itu pasti.
Dari kawan2 inilah kita akan jumpa kelebihan diri kita. Dan kita perlu sentiasa optimis dengan segala pujian mahupun kutukan dari orang sekeliling kita. Kerana kutukan tue kadang2 akan memberikan kita idea yang sangat bernas untuk berjaya.

Oleh yang demikian, kelebihan diri bukan dari fizikal yang tinggi atau yang lebih lemak dari orang lain. Kelebihan diri ialah satu keupayaan seseorang untuk membahagiakan manusia di sekitarnya tanpa menyebabkan dia mendapat mudarat mahupun orang lain mendapat kesan mudarat darinya.

Ingatlah bahawa kawan2 di sekitar kita sebenarnya menjadi CERMIN utama dalam mengenalpasti di mana kelebihan yang ada pada kita.

PERINGATAN: Kadang2 ada kawan yang nampak kelebihan kita & berusaha untuk menjatuhkan kita. Itu pesanan rasmi yang ditaja oleh Mee Sedap.

2 comments

Sebarang komen amatlah dihargai.