Di mana kepentingan Sidang Kemuncak Copenhagen 2009?


Semalam tamatnya Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diCopenhagen, Denmark Sidang ini jadi sangat penting untuk mendapatkan satu kata putus untuk kerjasama dari negara di seluruh dunia dalam menangani isu perubahan iklim. Kenapa??? Ini kerana kerjasama dari negara dunia untuk mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau (contohnya karbon dioksida) terutamanya dari negara "penyumbang terbesar" seperti Amerika Syarikat & China.

Justeru itu, sidang kemuncak inilah menjadi titik tolak kerjasama dan penyusunan draf
persetujuan antara negara di seluruh dunia bagi mengehadkan pengeluaran gas rumah hijau ni. Penguatkuasaan kredit karbon antara negara pengeluar ni juga perlu diperkemas bagi memastikan negara maju tidak terus menerus mengeksploitasi alam ini demi kepentingan ekonomi semata-mata sehingga meracuni penduduk di negara membangun seperti kita.

Untuk itu, cadangan seperti yang diucapkan oleh YAB Perdana Menteri di Copenhagen, Denmark patut diambil perhatian oleh negara kuasa besar dunia untuk bekerjasama menyalurkan dana sebanyak AS$200 bilion setahun kepada negara membangun dan mundur adalah satu langkah tepat untuk tujuan pembangunan dan pendidikan kepada semua pihak agar usaha ke arah pembangunan lestari berjaya dicapai.

Semoga ahli politik dunia tidak hanya pandai berkata-kata. Apa yang perlu dipastikan ialah tindakan yang bakal diambil untuk kelestarian alam sekitar demi kebahagiaan umat manusia.


Alam Sekitar
December 19, 2009
1

Comments

  1. Maklumat berguna untuk calon stpm menjawab soalan dasar luar

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Sedap Weh meraikan Nasi Lemak melalui Google Malaysia

Nasi Lemak merupakan sejenis makanan yang paling kuat pengaruhnya sebagai ejen …

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Persediaan menjadi boss

Sekejap sahaja kita dah masuk bulan Mac. Ia merupakan bulan terakhir untuk su…

Hebat!