Ancaman...

Dalam hidup kita.. Akan ada 2 jenis ancaman yang akan wat diri kita jadi teruk atau bagus...

PERTAMA!
Ancaman dalam diri..
Ini adalah ancaman berbentuk emosi yang sering terganggu kerana terlalu dengki ngan orang lain. Kita akan membuat ancaman pada diri kita bila kita terlalu inginkan sesuatu padahal kita tak mampu untuk memilikinya. Maka usaha yang kita wat, pada kebanyakan masanya akan menyebabkan diri kita terancam dan seterusnya memberikan kesan negatif pada diri kita.

KEDUA!
Ancaman dari persekitaran diri (iaitu ancaman luar).
Kes ni plak berlaku pada kita contohnya udara persekitaran yang membawa kepada penyakit pada kita.. Contohnya H1N1.. Diri kita terancam dengan penyakit bahaya nie kerana keadaan sekitar dicemari oleh udara yang mengandungi virus H1N1...
Selain tu, ancaman dari manusia len pon boleh menyebabkan kita terancam... Peragut, penjenayah, di pendengki yang dengki ngan kita ataupun member2 yang xsuka tengok kita berjaya.. Ini jugak akan menyebabkan kita terancam dan berada dalam keadaan bahaya.


Untuk lindungi diri kita, pada ancaman jenis pertama. Kita perlu sentiasa optimis dengan segala tindakan yang kita wat.. Juga perlu optimis pada situasi yang berlaku pada kita.. Kalo perkara yang melibatkan dalam diri tak dapat diselesaikan, maka apa jenis masalah yang datang pon memang xboleh nak diselesaikan.Sentiasa berfikiran posifif la..ehe..

Bagi ancaman jenis kedua, kaedah untuk mempertahankan diri dari ancaman jenis ni ialah dengan memastikan setiap hubungan dengan mana2 manusia hatta binatang sekalipun perlulah baik.. Seperti lagu kumpulan Scorpion, "what u give, u get back". Itu yang perlu kita paham.. Hukum karma di dunia nie kalo jahat kita wat kat orang, makan jahat itu akan datang gak kat kita satu hari nanti..Namun, kalo dah orang dengki sangat ngan kita pon, pastikan kita sentiasa bertindak untuk pertahankan (defend) diri kita.. Xperlu membuat serangan balas..Kerna balasan dari Tuhan tue lagi agung dan mantap..

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.