Waktu mempergunakan siswazah!!

Dunia dah berubah... Semua nak cepat dan mantap.... Kalo Megi pon nak yang sedap, mengenyangkan, cepat dimasak dan jugak sangat berkhasiat... Itu apa yang kita nak...

Kalo dekad sebelum nie, negara kita asek sibuk nak hasilkan sebanyak mungkin graduan yang diiktiraf di seluruh negara... HAsilnya, lahirlah ribuan graduan dari seluruh pelusuk Malaysia dari universiti serata dunia...

Bila dah beribu-ribu graduan terlahir hasil persetubuhan begitu banyak institusi pengajian tinggi, datang pula masalah lain, iaitu kisah lambakan graduan menganggur..Untuk selesaikan masalah graduan menganggur, maka banyak la program untuk menambahkan kemahiran pada graduan (yang si graduan ni pon masa kat U xmo join xtvt ko-kurikulum, dah konvo baru terhegeh2). Siap disediakan peruntukan khas lagi untuk bayar elaun. Punya la bagus kerajaan kita.

Skang nie, pihak swasta banyak dah mula sedar untuk membantu menyelesaikan masalah graduan menganggur nie...Maka beranak pinaklah pula syarikat penjodohan kerja untuk membantu graduan nie... Apa kes skang ialah syarikat2 nie smua seolah2 cuba untuk memanipulasikan graduan yang ada skang... KEbanyakan kerja yang disediakan bagai xsetimpal dengan kelulusan yang ada...

BUkan bermakna nak keja ofis ataupun keja yang mudah.. Namun, ia seharusnya bersifat pekerjaan yang tidak semata2 untuk mengaut keuntungan dengan memanipulasikan graduan yang ada... Buat member2 graduan, berhati2 dalam mencari pekerjaan... Jangan sampai tertipu...
Fikir2
November 22, 2009
2

Comments

  1. betul saya sokong.... masalah utama yang membelenggu mahasiswa.... huu.. suka gaya penulisan yang semakin berani... ala-ala Dr REM gituh....

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Search

Popular Posts

Rasis / Racist: Apa, Siapa dan Banyak mana?

Isu perkauman kini semkin hari semakin panas. Bila mana yang Melayu nak pertaha…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

3 jenis tindakan yang mendatangkan bahagia di masa hadapan

Sejak dua menjak ni, semakin ramai yang ditemui mengalami masalah kurang bahagi…

Tip kurangkan anak tengok gajet!

Bila dah jadi bapak, banyak perkara perlu kita beri perhatian. Nak cari duit …

Nikmat jadi orang malas!

Sejak zaman sekolah, kita akan kenal dengan individu yang dilabel sebagai pemal…