Cemburu tanda sayang????

"cemburu tue tandanya sayang!!!" nie la satu ungkapan yang aku rasa pelik yang terpacul dari mulut mak aku... Macam taw2 ja yang aku nie memang tengah tensen dengan manusia yang kuat cemburu nie...

1st pasal kes yang dilaporkan dalam Harian Metro beberapa hari lepas pasal kes sorang pakcik yang dah bertaraf EMAS usianya yang bunuh isteri dia sebab CEMBURU!!!Nie kes yang berlaku di Kedah.Negeri di mana rakyatnya mempunyai satu sifat "pantang kalah!"

2nd atas kes2 "clash" pasangan yang bercinta akibat si jantan atau si gurl yang terlalu cemburu dengan pasangan dia yang agak HOT!!!

2 kes utama nie aku cuba ketengahkan pasal pada pendapat aku cemburu nie perlulah berada pada TEMPAT YANG SESUAI bukan boleh suka2 ja nak cemburu....Sebabnya??? Manusia nie sangat unik... Dan manusia perlu untuk bersosial dan berhubung dengan ramai manusia lain untuk memastikan hidup kita xterlalu stress dan lebih bermakna...

Percemburuan dalam konteks rumahtangga pada pendapat aku patut.. Namun kaedah penyelesaian pada masalah percemburuan nie ialah dengan sikap positif antara pasangan dan saling percaya antara pasangan... Selain tue, percemburuan yang terjadi biarlah bertempat dan sekiranya menghasilkan masalah, kenalah diselesaikan dengan perbincangan yang baik.. Bukan sampai tahap melibatkan pendekatan fizikal.

Kes cemburu dalam rumahtangga nie maleh nak ulas lebih2 pasal memang patut pon untuk cemburu.. Kes utama di sini ialah cemburu dalam perhubungan nie...

Trend orang muda zaman kini ialah mempunyai pasangan yang konon boleh membahagiakan masa senggang ataupun untuk tujuan menghasilkan cinta yang memuaskan nafsu fizikal atau batin (yakni hubungan haram). Masalah yang berlaku di sini, bilamana si pakwe atau makwe yang cemburu lelebih ngan pasangan dia sampai tahap mengongkong segala pergerakan dan kaedah bersosial sesama kawan2 yang lain..

Ni yang menyusahkan hidup semua orang terutama yang ada pasangan sendiri (xkira sesama jantina mahupun berlainan jantina). Xperlu untuk cemburu lelebih la.. Pasangan tue belum lagi well establish ngan kita... Kalo dah ada hubungan rasmi (yang ada dokumen) baru la sesuai nak cemburu....

Lagi satu kes cemburu nie cemburu ngan kelebihan yang ada pada member2 berdekatan...Nak sembang ngan awek dia pon dah melalak macam anjing punya marah kat kita....Nak jeles kat kengkawan pon jangan la camtue.. Kan kita ada kaedah dan cara yang baik... Maka perlulah dibuat dengan cara yang baek...

Kesimpulan di sini, cemburu tue datang dari dalam diri kita... Camna nak control nafsu cemburu nie?? Kena lah tanya diri kita... Xperlulah nak cemburu pada tempat yang xsesuai... Ibarat macam kencing la.. Datang dari dalam diri kita gak... Kalo p kencing merata, apa guna jadi manusia?? Bek jadi anjing....Kencing la di tempat yang sesuai...

3 comments:

  1. suka baca tentang post nie...
    pendek kata cemburu biar bertempat..

    p/s: cam tak da kaitan plak ayat last ttg kencing???? apakah dengan cemburu...contoh lain ar...sedap kit...hehe

    ReplyDelete
  2. cwmburu itu perlu tapi manusia kena bijak mengawalnya.
    jangan sampai cemburu buat kita ikut nafsu.
    jangan biar cemburu buat kita terburu-buru buat keputusan.
    kita punya akal fikiran untuk buat keputusan biarpun cemburu kan?
    tapi biasalah manusia....

    ReplyDelete
  3. yupp..bt0l2..cemburu p0n guna akl la ckett..huhuu..=)

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.