Saturday, July 4, 2009

Pendatang Asing


Pendatang asing, aku definisikan sebagai individu yang masuk ke dalam satu negara samada secara sah mahupun tidak.


Kenapa aku nak cakap hal pendatang asing??? Cuma sedikit perkongsian atas kesedaran terlalu banyak pendatang asing yang datang ke Malaysia & juga atas kesedaran penghinaan ke atas pendatang asing yang menjadi antara nadi utama pembangunan Malaysia hinga ke hari ini.
Malaysia merupakan salah satu negara yang amat kaya dengan hasil bumi dan pendatang yang pertama wujud di negara ini ialah dari keturunan Melayu dan penduduk asli. Bagi kawasan barat Malaysia, penduduk asalnya dipercayai dari penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai suku yang mengamalkan pelbagai ajaran dan kebudayaan tersendiri.


Generasi baru rakyat Malaysia telah banyak berubah. Dari segi rupa fizikal begitu kacak, tampan, cantik malah bergaya hasil kacukan pelbagai keturunan yang berasal dari keturunan pendatang yang datang ke negara yang kaya ini.


Taraf kewarganegaraan yang berasaskan prinsip jus soli yang diamalkan telah memberi peluang kepada golongan pendatang di negara ni untuk mendapatkan hak sebagai warganegara di Malaysia.


Namun, sudah termaktub dalam perlembagaan negara kita bahawa kedudukan istimewa Melayu & bumiputera di Borneo. Perlembagaan yang digubal dan dipersetujui semasa menuntut kemerdekaan ini menjadi asas utama dalam mewujudkan keharmonian di negara yang terdiri dari rakyat yang pelbagai latarbelakang.


Justeru itu, penting untuk kita sedar bahawa rupa yang kita ada sekarang, budaya sopan dan santun yang ada pada kita sekarang berasal dari keharmonian yang dicari & dipersetujui oleh nenek moyang kita semasa menuntuk kemerdekaan dulu. Kita semua dari keturunan pendatang yang kini menjadi warga Malaysia yang semakin dihormati di mata dunia.


Janganlah kita asyik menghina & mencaci pendatang asing yang ada di sini membabi buta..Tidak mustahil bahawa suatu masa dulu nenk moyang kita juga dicaci & dihina begitu..Kerana hukum alam telah menjanjikan bahawa apa yang kita buat pasti akan mendapat balasan kelak.
Sayangi sesama manusia agar alam ini aman.


Namun ini tidak bermakna kita perlu menggadaikan maruah & kehormatan bangsa Malaysia.

Sebarang komen amatlah dihargai.