1 Malaysia xkan jadi kenyataan...


Satu perkara penting & pasti akan terjadi.. 1 Malaysia xakan jadi kenyataan!!! Itu yang aku katakan..

Kenapa??

Kita tengok dulu apa yang ingin dibawa dalam konsep 1 Malaysia...

1 Malaysia didefinisikan sebagai:
memetik kata2 YAB PM, "Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Turut dikatakan bahawa konsep 1 Malaysia amat berbeza dengan konsep Malaysian Malaysia yang mana 1Malaysia menekankan prinsip mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza...

Pada pendapat aku,
setelah Malaysia merdeka hampir 52 tahun, kedudukan kaum bukan bumiputera di sini tidak lagi dianggap sebagai golongan IMIGRAN. Justeru itu, kaum India mahupun Cina di Malaysia bukanlah lagi "penduduk asing" yang tumpang tinggal di Malaysia.. Tetapi mereka adalah rakyat Malaysia.. Dah dapat status kewarganegaraan dah pon...

Kalau camtu, di mana letaknya kepentingan sekolah jenis kebangsaan????
Adakah masih relevan???

Mungkin dulu masa era awal kemerdekaan boleh dianggap relevan kerana ia penting demi memastikan orang India & Cina di Malaysia dapat menjalani hidup dengan aman & sejahtera tanpa menghancurkan bahasa & kebudayaan mereka.Namun kini situasinya telah berubah.Semua rakyat mahukan perubahan.Sebab tue berlaku "gelombang rakyat sama2 berpakat" untuk mengubah situasi politik negara masa PRU yang lalu.Namun kesepakatan yang digambarkan bukanlah sesuatu yang baik. Ianya satu pakatan yang memecahbelahkan rakyat.

Bila isu PPSMI timbul, yang menaikkan semangat "kesepakatan rakyat". ramai yang tidak sedar kesan yang dirasai oleh PPSMI kebanyakannya ialah pelajar MELAYU. Kerana SJK langsung tidak terjejas dalam hal PPSMi. samada ia diubah ke bahasa inggeris mahupun sistem itu ditukar ke Bahasa Malaysia.Jadi, bila bahasa Malaysia tidak digunakan sepenuhnya, bila bangsa Malaysia nak wujud???????

Maka selagi wujud SJK di Malaysia, selagi itu bangsa Malaysia xakan wujud... Dan politik Malaysia tak akan aman selamanya selagi wujudnya SJK...Sekolah Kebangsaanlah tempat bermulanya penyatuan rakyat Malaysia. Itu pendapat aku.

5 comments:

  1. One Malaysia yang kabur lagi keliru

    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021701&Itemid=109

    *Renung2, fikir2, dan tetapkan pendirian.. :)

    ReplyDelete
  2. pendapt peribadi aku secara jujur lak:
    kenapa timbul isu 1MALAYSIA?????Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan????adakah selama ini rakyat diakhirkan pemimpim diutamakan...?????just persoalan...!!

    ReplyDelete
  3. Owh, kalo isu pemimpin aku maleh nak cakap la...Itu hal depa... tapi bila kita fikir isu nie dari sudut yang lebih kecil & asas, iaitu RAKYAT sendiri... Kalo dari rakyat dah xbersatu, masing2 masih fikir untuk kepentingan diri & KAUM memasing.. Apa kejadahnya??? Sebab tue aku katakan Sekolah Kebangsaan merupakan tempat penting untuk letakkan asas BANGSA MALAYSIA....

    ReplyDelete
  4. Salam..
    One malaysia ni nmpak mmg hebat prancangn..
    tp slaluny tindakan kurang..mgkin nasib 1msia akan terkubur sperti dasar2 yang lain..

    iyakah??

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.