Perpaduan di India.

Selama aku dok kat India nie dah masuk minggu ke 5.. Aku dapat amati bahawa perpaduan di sini agak bagus..Maybe kat sini, Aligarh, saja kot.. Tapi masalah utama yang mampu menggugat keharmonian perpaduan kat India nie yang aku nampak ialah bila berlaku tidak hormat antara 2 agama utama kat sini iaitu Islam & Hindu..

Apa yang menarik dengan hormat-menghormati di sini, setiap penganut agama menghormati anutan dan budaya yang diamalkan oleh agama masing2.. Contohnya, waktu azan berkumandang, suara televisyen atau radio yang diperdengarkan kepada umum akan disetkan pada keadaan senyap atau "mute" secara serta merta. Satu penghormatan kepadaq Bilal yang melaungkan azan untuk mengajak umat Islam solat di samping menandakan masuknya waktu solat fardhu.

Selain tu, seperti mana yang kita tau, penganut Hindu menganggap lembu sebagai mulia dan tidak wajar dibunuh atau disembelih untuk makan. Ini kerana lembu merupakan satu makhluk yang membantu manusia untuk melakukan kerja dan membolehkan kita dapat susu dari dia. Apa yang berlaku di sini, lembu dibiar bersepah di tepi2 jalan.. Cuma kadang2 ja diguna untuk bawak barang... Dan orang Islam di sini pun kurang makan daging lembu.. Yang biasa dimakan ayam ngan kambing...

Jadi, kat sini, apa yang boleh aku katakan ialah sikap hormat-menghormati tentang sensitiviti dan anutan antara agama mampu memberikan kehidupan yang harmoni dan bahagia. Janganlah kita asyik saja mencari salah kerana manusia tue tidak boleh untuk 100% sempurna... Tetap akan ada salah di mana2.. Belajar untuk memahami...

Bagi umat Islam di Malaysia, tak perlu kita asyik saja mengukur "siapa lebih Islam dari siapa" seperti yang selalu dilakukan oleh pemikir berdarah incredible hulk...Ini akan menjatuhkan maruah umat Islam...Semoga Malaysia terus selamat, aman dan makmur... Insyaallah...
Isu Malaysia
June 22, 2009
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Menghampiri jam ke 2,000 Perintah Kawalan Pergerakan PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuat kuasa pada 18 Mac lalu. Ketika aw…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Jaga sempadan negara bukan time COVID-19 semata-mata

Perkembangan daripada Op Benteng bakal menjadi bualan hangat sebaik saja PKPP (…

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Hebat!