Monday, June 1, 2009

Dari Aligarh, India.

Alhamdulillah sampai d Indira Gandhi International Airport jam 9.20 malam (waktu India) bersamaan dengan 12.20 tengah malam waktu Malaysia.Sampai saja, kami beratur paling lama untuk imigresen. Bleh tahan lama beratur untuk imigresen. Then lepas amek beg, kami masuk ja kat departure hall, kami cari la orang2 yang dok bawak sepanduk nama tue. Kot2 ada nama kami. Sekali xdak.. Kecewa + berdebar.. Sejam jugak la kami tunggu kat dalam tue. Skali aku, anand n Kian lun nak terkencing. Terpaksa kuar sket dari departure hall untuk p tandas. Dari situ kami baru tau yang orang nak masuk departure hall kena bayar 80 india rupee bersamaan RM8.00 ++ untuk masuk departure hall..Gila la jugak. Jadi kami kena la cakap sket kat askar yang jaga kat pintu depan tue untuk p kencing. Keadaan tandas dia standard KL la.. Bersih.. Cuma ada orang dok melepak la kat dalam tandas tue.. Maybe pekerja airport. Sementara tu, Dr Kawi yang iring untuk hantar kami kat sini try pikir satu usaha untuk "selamatkan" kami. Idea dia ialah tido d airport dan kami cari sesapa yang akan bawak kami ke Aligarh keesokan harinya.. haha.. Nasib baik idea dari kami g tandas tetiba muncul. Maybe bebudak yang nak amek kami maleh nak masuk kot. Jadi, aku ngan Anand g kuar ikut pintu exit yang satu lagi untuk recheck kot2 ada sesapa tunggu kami. Kena la gitau askar kat situ gak.. Nasib la ok. Skali terus2 ja jmpa Zain ngan Rashid dok pegang banner nama Dr Kawi ngan Mun Fei.. haha..Kira selamat la...

Dah jumpa depa nie dah.. Kami pon nak angkut barang masuk keta.Bila kami kuar ja dari departure hall.. dah terasa bahang dah.. Suhu rupanya 38 darjah celcius.Memang la.. Udara dia terasa "berat" nak bernafas. Seolah2 dok kat kilang simen yang banyak debu tue.. Camtu la yang aku dapat gambarkan. Insiden pertama terjadi ialah bila mana beg2 sebahagian dari kami ni tetiba dapat "pertolongan" dari mamat india mana ntah mai2 trus tolong angkat beg nek keta.. Dah tue demand untuk bayaran tips 100 rupee...yang kami ni plak baru tukar duit. Jadi duit kecik xdak la.. Dr Kawi hampir2 terpaksa bagi 500 rupee kat budak tue.. Dr Rashid "selamatkan" kami lagi.. Dia kata 'its too much sir, let me settle with them!'. Dia bagi 10 rupee ja kat budak tue.. Tros budak tue wat muka xpueh ati.. kami pon tros2 ja masuk keta tue..9 orang dalam keta chevrolet yang jenis macam toyota inova. Beg kami ada yang sampai letak atas bumbung keta tue...memang terpadat di dunia la..wahaha...

lepas tue perjalanan ke Aligarh plak amek masa 3 jam guna keta..memang letih.. Bunyi hon teramat banyak. bawak keta plak laju nk mmpos.. Tahan ja sakit jiwa dalam keta.tapi smua masih ok pasal excited baru 1st time sampai india..haha...lepas tue kami smua terlena dalam keta sampai la driver yang muka macam Salman Khan tue brenti kat satu tempat rehat. ada kedai makan. kami len xturun cuma Dr Rashid ngan driver ja turun. dah tue kami truskan pejalanan ikut jalan yang agak gelap & banyak bumper yang tahap 3 lapis punya....kepala ni terhantuk dalam keta jangan kira la...tapi dah nak tido punya pasal. sampai saja kat Aligarh Town nie, aku dapat tengok satu pekan kecik la kita panggil yang bleh tahan la sampah kat kiri kanan.. kat kedai2 dia ada saja orang yang tido depan kedai.Bas2 yang parking tepi jalan tue kita leh tengok ada orang tido atas bumbung bas..Hebat!!!!

Dalam dok cari resident hall untuk kami tido sementara nak pndah ke Guest House yang ditempah dah tue, jalan dia banyak anjing.. Ada satu tempat tue kat sampah banyak2 ada babi dalam 15 - 20 ekor dok makan sampah tue.. 1st time aku nampak.. Tengok jam masa tue dah 7pagi lebih waktu Malaysia...Tapi waktu India baru 3.50 pagi..Jadi, dah dapat bilik ja kami 5 orang dok satu bilik, dr kawi satu bilik single..Bilik kami nasib ada air cond.. Leh tido la kami.. Salin sluar pendek.. Tido sampai siang..

Dah siang ja tadi.. Dr Shams plak mai jmpa kami dalam jam 10 pagi waktu India. (Lepas nie waktu yang aku sebutkan smua dalam waktu india k.)Kami makan breakfast yang dia bagi.ada la telur rebus, teh tarik yang guna susu lembu fresh! Macam kek sket, macam kuih cincin sket.. Roti ngan jam...Oke la makan tue.. Dia sembang2 sket ngan kami. Dah tue dia kata tengari sket dia mai amek kami ngan Dr Suhail Sabir untuk bawak kami g makan tengari. Sementara tue, kami balik la bilik untuk lepak pasal perjumpaan ngan dr Shams tadi tue kat bilik Dr Kawi (selang 3 bilik ja dari bilik kami). Kami ajak dr kawi lepak bilik kami pasal ada air cond.. Cuaca dia panas.. Xdak air cond rasa macam dalam oven la. Skali semua kami tertido kat bilik tue 6 orang smua sampai la Dr Suhail yang ketuk pintu bilik kami. Haha..bleh tahan memalukan.. Tapi dia paham la kami tengah settle down pasal perbezaan waktu..

Dah dr shams mai, kami gerak p kedai makan. Aku ngan Anand nek motor ngan Dr Shams.. Yang len nek keta ngan Dr Suhail. (dr kawi, Afiq, Mun Fei ngan Kian Lun).Pengalaman best jugak nek motor. Depa bawak motor laju gila..Mencelah sana sini.Haha...Sampai ja kat satu pekan kecik kat Aligarh tue, nama dia Center Point (macam kat KK, wahaha)...Kami masuk satu restoren yang agak high class untuk makan.. Dr Suhail yang orderkan pasal kami xbrapa tau nak pilih makanan..Kami makan roti Naan ngan kari ayam ada kari apa ntah lagi satu.. Rupanya kat sini, roti tue makan dulu dah tue penutup dia baru dia anta nasi beriyani untuk kita makan..Tue penutup ok...Memang sedaap sesangat kari dia...Kaw2 pekat & cukup semua rasa.Lepas lunch, kami pindah dari hostel tadi ke guest house yang terletak dalam kampus. Hostel yang kami dok sblm nie kat luar kampus..

Mungkin stakat nie dulu aku ceta.. Ada lebih kurang 20 gamba nak share ngan hangpa.. So enjoy tengok gamba dlu.. Entry panjang2 wat penat ja nak baca..Ehe..





































10 comments

lal, untung hang dapat g india kan..walaupun aku rasa 'panas' sb aku hayati apa yg ko tulis tu.pasni cari la tempat da aircond slalu..huhu..insyaALLAH hang kan dapat hadapi cabaran yg datang...amin...jaga diri leklok la tempat orang..minum air masak banyak2 wokey...aku nak g gak la india..hehhehe..nanti jangan lupa cter lagi pengalaman hang k...

lal..ko duk sana..minum air tu jgn sebarangan..coz leh dpt diarrhea klu silap langkah..kt sana hang jumpa mc d x lal?at least kfc la..hehe..Goo Luck Li..

betuah nyer dia experience LI kat India..

gud luck n take care

Salam

Sedara pegi India buat apa? Mengaji? Berjalan? Konferens?

Kitorang ingat nak gi India jugak, boleh ajarkan cara-caranya? Nak buar visa macam mana, pantang-larangnya.

Terima kaseh

wuhuuuu.. gila la shiokk.. byk sekali sepedanya... beli ar satu abg lal...! bwk balik t.. mcm best ja.. mmg stylo wat LI kat oversea nih

Salam WUFI,,,

ALHAMDULILLAH, sampai sdau IAI di bumi yang pernah menjulang kegemilangan ISLAM era Akbar Khan. Jaga diri, hiasi peribadi. Amalan soleh jadi bekalan. Hati-hati merantau tu dik. Jumpa time konvo, insya Allah

Hoho... Thanks wat smua...Memang meletup cabaran kat sini... Sangat sempoi.. Tapi makanan jugak best.. Tetiap ari ada nasi beriyani..ehehe.... Insyaallah Aku akan tru untuk update perkara terbaru aku kat india

To abang CD, thanks atas nasihat tue, sebenarnya nak solat kat sini kadang2 keliru sket pasal waktu dia macam len sesangat... Ada masjid azan awal, ada masjid lambat sket..

salam..lal.. waa.. merata ang p..sonok er.. sgt kejelesan lah.. bangga p0n ada..cay0k2.. jaga diri bebaik..

Sebarang komen amatlah dihargai.