Friday, June 12, 2009

Cabaran yang ingin dikongsi.

Cabaran kat sini memanglah agak perit... tapi semua kena laluinya dengan tabah.. Setelah beberapa hari aku kat sini, lepas dapat sembang sket ngan orang2 kat sini (pepandai la nak faham even depa suka cakap Hindi kat sini).. Rupanya kawasan Aligarh ni merupakan satu kawasan yang paling miskin kat india nie (kalah Tamil Nadu)..

Bila dah miskin, semua penduduk kat sini bermati-matian keja untuk cari rezeki... Lembu kat sini pun susah nak hidup sampai terpaksa makan sampah yang ada di tepi jalan... Keadaan sini plak sentiasa panas & berdebu xkira siang atau malam.. Anjing yang turut bersepah di tepi jalan (macam lembu kat sini) pon xtahan panas sampai anjing kat sini pon sentiasa tido ja...Memang penuh cabaran..

Namun, apa yang aku bangga kat sini, walaupun keadaan makmal dia seolah2 makmal yang dibuat zaman kesultanan Melayu Melaka dulu, tapi bilangan pelajar postgraduate dia sama banyak dengan pelajar degree...Kalo kat Malaysia baru nak pulun wat camni bawah program Universiti Apex yang berjaya dimulakan oleh USM...

Student kat sini akan berusaha untuk blaja setinggi mungkin dan akan sanggup keluar negara untuk merantau bagi memberikan yang terbaik untuk nama keluarga, bangsa dan negara dia..

Camna dengan kita di Malaysia???? Ada budak nak suruh datang Latihan Industri kat luar negara untuk tempoh 10 minggu pon xsanggup.. Kononnya xleh tinggal ketiak mak.. Ada saja alasan yang kita bagi kat lecturer kita untuk takmo sambung master...Walhal ada lecturer yang bermati-matian pulun cari "cable" untuk dia leh sambung master.. Banyak peluang yang kita ada di Malaysia xdigunakan sehabisnya..

Bolehkah kita maju tahun 2020 nanti?? Aku selalu ingat kata-kata hikmat yang berbunyi begini..."Kejayaan semanis madu xkan datang sekiranya kita tak berusaha dan menerima satu cabaran sepahit hempedu"...

*Pesanan untuk diriku, sahabat2 dan semua pembaca..

1 comments :

ee....rugi saper tolak sambung blajar...tp satu je persepsi diriku 'nak seribu akal, tak mau seribu nakal'...huhu
lal, cayok2 k...!!!

Sebarang komen amatlah dihargai.