Non stop

Akhirnya jam 9.38pagi flight aku AK6001 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Maka tamat sudah pengajian Ijazah aku di UMS.. Kini hanya tinggal menghabiskan Latihan Industri saja yang akan bermula hujung bulan nie...Insyaallah..

Semalam aku menamatkan hari bersama bebudak kos aku dengan join jemputan Miss Kamsia Budin atau Miss KB untuk makan beramai-ramai kat The Chicken Rice Shop 1 Borneo. Jemputan ni dihadiri oleh kebanyakan student yang berada di bawah seliaan Miss KB..Bleh tahan sedapnya.... Besa la.. Makanan yang dibelanja.. Sangat sedap..ehehe...Tapi, aku tetap berpuas ati dengan penyeliaan yang dibuat oleh Miss KB terhadap kajian yang aku wat untuk Projek Tahun Akhir aku.


Setelah semua dah selesai, sesi mengemaskan barang plak yang amat memenatkan.. Banyak pulak barang yang aku nak bawak balik nie... Dah macam nak meletup beg aku... Tapi aku kena la setting jugak bagi beg nie x meletup dan aku boleh ja bawak balik ke Penang tanpa apa2 caj oleh Air Asia.. Wahaha... Speacial Thanks aku nak ucapkan kat Epol atas kesudian dia untuk tolong aku packing bebarang dengan mantap.

Malam tu, dalam jam 2.30 pagi aku dah kuar untuk ke airport.. Afiq ngan Amir yang anta aku.. Kat depan blok Jimmy, Zul ngan Yoi yang anta.. Phad ngan Boi tido time tue.. Aku kejut pon dah xdapat nak bangun dah..Haha... Kami lepak dlu kat KK sebelum g solat Subuh kat Masjid Negeri then trus g Airport.

Sesampainya aku kat Penang, aku terejut dengan transformasi Jambatan Pulau Pinang.. Dah 60% siap dah pelebaran jambatan yang dibuat.. Bangga plak aku.. Rasa macam smooth ja nek keta lalu kot jambatan...

Sampai umah tros kemas barang & makan nasi.. Pergh.. Bahagianya dapat makanan yang sedap nie... Tuhan saja la yang tau betapa nikmatnya...

Tapi, aku tetiba rasa semacam plak dah tinggalkan UMS... Macam sedih pon ada, macam rindu pon aku ada.. Kawan2 yang ada sini banyak memberikan aku idea baru & ilham untuk aku tempuh kehidupan masa depan.. Berbanding kehidupan zaman sekolah menengah, aku hanya merindukan cikgu2 ja berbanding kawan2.. Maybe sikap selfish kengkawan aku kat skola dulu wat aku rasa macam bahagia ja tinggalkan skola tue..wahaha... Neway, situasi yang berlaku hari ini sebenarnya non stop dari pagi sampai esok paginya... Letih.. Skang nie rasa macam nak tido...waha...

3 comments:

  1. BYE LAL!!!!
    jumpa tym konvo! ;)

    ReplyDelete
  2. selamat kembali ke penang...haha
    best kan dapat balik kg...

    ReplyDelete
  3. Okie Ammy....Insyaallah jmpa tyme konvo... :D

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.