Luka oleh ahli politik.


Hari nie genap 40 tahun berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang telah menjadi satu luka besar dalam hubungan antara kaum di Malaysia. Pada pendapat aku, peristiwa ini berlaku akibat sikap tamak sebahagian ahli politik yang ada pada masa itu untuk mendapatkan sokongan daripada rakyat. Maka dengan itu, semangat perkauman dibakar dan diperbesarkan kepada rakyat yang rata-rata pada masa tue tidak mempunyai tahap pendidikan yang cukup untuk menilai kesan tindakan ahli politik ini.

Namun demikian, setelah peristiwa ini berlaku, masih terdapat curiga & kebencian terhadap kaum tertentu telah menyebabkan luka yang ada ini kembali berdarah. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan pada masa itu untuk mengembalikan perpaduan di antara rakyat. Usaha ini menampakkan hasil apabila berlaku perubahan dalam perpaduan antara rakyat dari tahun ke tahun. Rukunegara menjadi amalan dan sentiasa diingati oleh setiap warganegara yang ada pada ketika itu.

Kini, usaha ini tetap terus dijalankan. Kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mencari jalan penyelesaian dalam memantapkan perpaduan antara kita. Satu mesyuarat khas PANEL Perpaduan negara turut diwujudkan. PANEL Perpaduan ini dipengerusikan sendiri oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian & Perpaduan Nasional dan wakil yang dilantik merangkumi ahli dari setiap kaum & status masyarakat termasuk golongan mahasiswa.

Kini juga Malaysia sentiasa digemparkan dengan sikap ahli politik yang sentiasa mempersoalkan perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan. Isu bahasa, kedudukan istimewa Melayu & bumiputera Sabah & Sarawak, kedudukan Islam sebagai agama rasmi dan sebagainya. Keadaan ini bukan sahaja akan menghiris balik luka yang pernah berdarah 40 tahun dulu. Tetapi, ia seolah-olah telah menyebabkan kesakitan akibat luka lama ini datang kembali.

Apa yang aku harapkan ialah ahli politik kini perlu lebih bertanggungjawab ke atas apa yang diperkatakan mahupun tindakan yang mereka buat. Janganlah menjadi bakteria yang asyik sahaja berusaha untuk menjadi "perisa" yang berkesan dalam menyebabkan jangkitan kepada luka yang telah sembuh.

3 comments:

  1. wah gambar di Ausie ek....tu la politik...jom join politik sama2 ea...heheheh

    ReplyDelete
  2. Yezza...ehehe... Kehebatan politik sangat membanggakan..wahah

    ReplyDelete
  3. oit biar betui praktikel kat india..bapak sempoi...huhuh

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.