Friday, March 27, 2009

Transformasi UMNO....



Pucuk pimpinan UMNO telah pun kita ketahui..




Namun, apa yang bermain di fikiran ramai orang, apa pula perubahan atau transformasi yang berlaku dengan pimpinan yang baru dilantik nie???




UMNO kini telah mula menampakkan nilai lebaralisme dalam kepimpinannya. Berbanding sebelum ini, gaya konservatif yang diamalkan tampak dapat menguatkan perjuangan yang sentiasa belum selesai itu.




Terbaca penulisan dari blog Faisal Tehrani menyebabkan aku berminat untuk menyokong isi penulisan yang diutarakan beliau.




2 kaedah transformasi yang perlu dititikberatkan oleh pimpinan UMNO yang baru. Terutamanya untuk Ketua Pemuda.


1. UMNO perlu kenalpasti virus yang merebak & cuba disembur ke dalam hati pemuda Melayu & Malaysia.


2.UMNO juga perlu kenalpasti kaedah untuk menguatkan jatidiri & akidah pemimpin Melayu & umat Melayu yang ada.




KAedah ini perlulah dibuat dengan pendekatan yang baik tanpa memikirkan parti yang dipegang kerana pendekatan menyeluruh inilah yang mampu menaikkan kembali kepercayaan & reputasi rakyat terhadap pemimpin UMNO.




Justeru itu, perjuangan baru bermula. Teruskan perjuangan buat pemimpin Baru UMNO..

5 comments

Salam WUFI

Tan Sri Rafidah Aziz yang menang pilihanraya untuk Parlimen Kuala Kangsar, kalah kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di Parlimen Lembah Pantai. Rafidah Aziz menang pilihanraya kalah bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah pilihanraya di tempatnya sendiri, menang dan diangkat menjadi Ketua Wanita UMNO.

Apa yang ditolak rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.

Sama juga dengan Pemuda UMNO.

Calon yang lebih teguh kedudukannya di kalangan rakyat pengundi kawasan masing-masing, ditolak oleh ahli UMNO. Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kalah. Datuk Mukhriz Mahathir pun kalah. Calon yang menang adalah calon yang bermasalah dengan Lembaga Disiplin UMNO, bermasalah dengan keputusan pilihanraya di Parlimen beliau, malah terlebih utamanya, bermasalah dengan rakyat.

Apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh ahli UMNO.

UMNO sedang memberikan mesejnya kepada rakyat, bahawa apa yang ditolak oleh rakyat, itulah yang dipilih oleh UMNO. Apa yang dipilih oleh rakyat, itulah yang ditolak oleh UMNO. Sesungguhnya UMNO bersungguh-sungguh untuk tidak bersama rakyat. Pengundi di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, tentu faham maksud kenyataan ini.

alahai UMNO....:(


Sumber : www.saifulislam.com

UMNO hanya memperdayakan kaum melayu, memainkan isu perkauman & agama. lagu-lagu seperti melayu tertindas, agama islam diancam, telah dinyanyikan selama 50 tahun. padahalnya, dia yang memerintah selama ini and boleh menggunakan segala kuasa kuasa agensi kerajaan untuk memlaksanakan segala rancangan. 52 tahun dah, melayu masih tertindas??? saya betul betul hairah siapa yang sebenarnya mengindas melayu.

kaum melayu patutlah sedar bahawa di bawah pemerintahan UMNO, walaupun diberi 400 tahun lagi, melayu tidak mungkin jadi gagah dan kuat. malang, mereka akan sentiasa merasa dirinya tergugat dan tiada kepercayaan pada diri sendiri kerana inilah teknik UMNO untuk membodohkan melayu supaya mereka terpaksa sentiasa bergantung pada mereka.

tibalah masanya untuk melayu mecuba parti yang lain membangunkan bangsa, negara and agama.

Pemilihan telah dibuat, Kerja harus dijalankan...

Namun apa yang pasti, liberalisme sedang mula menggugat akidah umat Melayu Islam...

Sedang Pas yang kononnya konservatif-fundamentalis tu pon dah termakan dengan gaya liberalisme KeADILAn...

Sekurang-kurangnya dengan kuasa yang ada, UMNO mampu melakukan perubahan dengan apa yang ada...

Xkan kita nak cuba dengan parti yang hanya pandai memberi janji tanpa pandai mentadbir rakyat dengan baik???

Salam WUFI Kembali...

"Xkan kita nak cuba dengan parti yang hanya pandai memberi janji tanpa pandai mentadbir rakyat dengan baik?"

Jawapannya: TIDAK. Inilah tingkah dan sikap orang UMNO dan juak-juaknya yang kuat makan duit rakyat. Suka menabur janji tetapi tidak menepati. Golongan ini sudahpun dilaknat oleh Allah dalam surah As-Soff. Setiap kali PRU masa itu jugalah pelbagai gula-gula polituk ditabur. Saya optimis, selepas era Neo-Firaun, Najib, BN/UMNO akan tersungkur menepati ramalan R.A.H.M.A.N. Ayuh kita talkin mereka. Amin

Sapa yang berjanji tapi tepati?? Bukankah orang PAs yang hanya suka melaungkan perjuangan atas nama Islam dulu tapi skarang menyokong pulak sekularisme yang diterapkan oleh Keadilan???

Cukup adilkah untuk rakyat??

Adakah sekularisme menghalalkan perjuangan "Islam untuk semua" seperti yang anda laungkan selama ni??

Sebarang komen amatlah dihargai.