Tuesday, February 24, 2009

Minyak Vs Air..

Dalam situasi Malaysia & dunia yang semakin hari semakin huru hara, isu paling besar yang biasa digembar gemburkan oleh pemimpin dunia termasuk pemimpin negara kita ialah berkaitan MINYAK.

Masih terngiang di pemikiran aku bila DSAI sering saja mewarwarkan bahawa harga minyak akan diturunkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mweujudkan kerajaan pusat masa PRU12 Mac tahun lepas.

Maka, ramailah rakyat yang asyik saja fikir tentang kos pengangkutan & bisnes masing-masing mengundi parti yang memperjuangkan harga minyak untuk rakyat nie...

Aku bukan menyalahkan sesiapa dalan hal harga minyak nie, tapi sedar atau tidak, sebenarnya harga seliter air bersih semakin hari semakin mahal?? Berbanding harga minyak, yang telah berjaya diturunkan hasil pergeseran politik antara dua jenis pakatan yang ada..Ini adalah realiti..

Dalam kehidupan, manusia lebih memerlukan air untuk hidup. Namun, kesedaran manusia untuk menghargai nikmat yang menjadi anugerah percuma dari Tuhan ini telah dibiarkan & tidak diambil peduli oleh ramai di kalangan kita. Apa yang kita pentingkan ialah untuk hidup mewah dengan keseronokan duniawi tanpa henti.. Tetapi, kita terlupa untuk hidup bahagia dengan kesihatan & kesegaran hidup yang hanya boleh dirasai bila banyak minum air yang bersih.

Kalo negara yang dah mula merasai krisis air nie, banyak alternatif dicari sehinggakan ada negara yang sanggup menjadikan air sisa kumbahan negaranya sendiri untuk dirawat sehingga bersih dan diguna semula bagi tujuan pembekalan air bersih. Mahukah negara kita sampai ke tahap ini??? Semestinya tidak...

Untuk itu, selagi kita masih diberi peluang untuk insaf dalam menikmati air yang bersih & segar. Janganlah kita membazirkannya. Kalo pergi berkelah di kawasan air terjun, pastikan tiada sampah dibuang merata. Bagi pengusaha kilang mahupun di bidang IKS, pastikan sisa kilang itu dirawat dengan baik sebelum dibuang sahaja ke dalam sungai atau laut. Dan kita sebagai masyarakat biasa, haruslah bekerjasama menjaga sumber alam kita dengan baik demi kebahagiaan kita di masa kini, dan anak kita di masa depan. Laporkan sebarang pemerkosaan alam sekitar kepada pihak berwajib. Banyak saja iklan di TV skang ni yang mahukan laporan dari kita.. Xkan nak harapkan Karam Singh Walia saja?? Kita perlu memulakannya....

Pencinta Air, alam & masa depan...

Sebarang komen amatlah dihargai.