Tuesday, February 10, 2009

Malam Pelancaran Alumni MPP

8 Februari, jam 8 malam. Majlis Pelancaran Alumni Majlis Perwakilan Pelajar telah dilancarkan oleh Datuk Naib Canselor UMS yang diadakan di Courtyard Hotel, 1 Borneo.

Objektif utama penubuhan Alumni MPP ni adalah bertujuan bagi memastikan wujud kesinambungan dalam perjuangan MPP dalam menggerakkan jentera gerakan mahasiswa di UMS.

Alumni MPP UMS ini merukan alumni yang kedua seumpamanya yang diwujudkan di Malaysia selepas UiTM dan merupakan Alumni MPP yang pertama diwujudkan di Kepulauan Borneo.

Seramai 4 orang Majlis Tertinggi telah dipilih pada malam tersebut bagi menggubal Perlembagaan Alumni & satu majlis lain akan diadakan untuk memilih jawatankuasa tetap alumni pada masa depan. Berikut ialah 4 orang ahli Majlis Tertingi Yang dipilih:
1. En Muariffin
2. En. Hasanal Hassan Alban
3. En Mursidi Amat
4. En Chua Yong Wei

Semoga penubuhan alumni mampu memartabatkan UMS dalam memastikan mahasiswa sentiasa menjadi peneraju kepada keunggulan Ummah.

9 comments

gosh.
ada2x ja kamu ni.
why dont do something with the money for everyone? hoho

Saya syorkan anda baca buku "Antara Hak dan Kewajipan dalam Perbandingan Agama" karya Dr. Fadzilah Kamsah, terbitan PTS, 2007. Fahami isi kandungan buku sebelum menghukum tanpa usul periksa.

IAI, ganti abg untuk Alumni MPP ini. Abg nak fokus akademik semester ini. Semakin abg galak berkerja dalam aktiviti kemahasiswaan ini semakin banyak pula yang sakit hati. Abg tak mahu mengundang dosa untuk mereka yang terus-menerus memfitnah yang bukan-bukan. Sekalipun abg tahu kita ini "tidak akan hidup dek puji, tak akan mati dek keji"

NI BARU LA DI KATAKAN MEMFITNAH TANPA USUL PERIKSA. betul tu abg murshidi, sama2x la kita baca buku tu. maybe abg akan faham apa yang aku cakap, n mungkin aku akan faham perasaan abg.

kalau ya pun, jangan terlalu pandang diri tu mulia. Cara abg tu sangat menghina orang yang mcm saya ni, yang tidak semulia abg murshidi.

Ni la sebab org2x kat kampus sakit hati ngn korang budak MPP. Tolong la humble sikit. kita sama2x makan nasi, hirup oksigen dari atmosfera yang sama, pijak jenis tanah yang sama... bukan kamu cuba utk fahami tujuan orang bagi comment gitu, tapi sebaliknya menghina. mcm la kami tidak kuat agama. but so what la kan... saya tidak menjatuhkan maruah org tanpa pengetahuan orang tu. KO tau apa aku mean lal. jan ingat aku tak ingat.

anyways... semoga tuhan berkati kamu yang suka menyangka orang, menghina orang dan memandang serong.

and minta maaf la kalau apa yang saya kata ni buat kamu terasa abg murshidi. congratulation jadi MT alumni MPP.

Maaf diterima Amy...Meletop ko. Sekali lagi diingatkan kami "tidak akan hidup dek puji, tak akan mati dek keji"

Yalah. Sebagai seorang muslim, bermaaf maafan tu satu kemestian. Aku bukan mcm kamu, tidak sedar apa keluar dr mulut. Haha. Sekian terima kasih.

Dan satu lagi, apa2 pun ko ckp pasal d keji dan puji, kepimpinan harus "revolve" around people yang kamu pimpin. Bukan suka hati mulut pg salah faham dgn org. Patut kamu selidik and tgk keadaan sblum say things yg offended. Kamu tu pemimpin UMS. Kalau la hidup ko utk tu peribahasa, 1 huruf pun ko tidak akan terasa dgn apa yg saya katakan. Oh. Kenapa la aku vote dulu. I didnt expect u to b wat u r. Very disappointing.

tapi napa org xundi aku???
uppsss...
aku xbtanding rupanya...
ehehehe...
bgurau ja...
jgn mrh ya dua2 yg sdg bbincang...
redakn sedikit kehangatan...

haha pie! baiklah...
:D aku klu kena provoke, cepat marah pula kan! tahaha. sbar2x ja la. haihh... cukup la apa aku cakap tu. smpi sudah kan. fasik pun, apa2x ja la.

Sebarang komen amatlah dihargai.