Daulat..

Kisah DERHAKA oleh pihak Pakatan telah mengkucar-kacirkan lagi situasi politik Malaysia, terutaanya di Perak. Aku sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu amat malu bila mana Sultan Perak telah mendapat penderhakaan secara "terhormat" oleh MB Perak dari PKR.

Mungkin jugak MB Perak Datuk Seri Nizar ni LUPA dengan apa yang berlaku sebelum beliau diantik menjadi Menteri Besar tahun lepas. Kalo bukan kerana daulat & perkenan dari Sultan Perak, xmungkin Datuk Seri Nizar dapat jadi MB Perak macam skang (2 hari lepas) ni....


Isunya skang bila Datuk Seri Nizar ni "memohon derhaka" kat Sultan Perak untuk meneruskan tugas sebagai MB.

Namun kat sini, bila kita tengok balik, prinsip yang dipegang oleh beliau selama ni jadi kucar-kacir. Mula2 terserah pada Sultan Perak untuk membuat keputusan samada untuk membubar DUN Perak atau x. Bila keputusan Sultan Perak dah buat, skang ni xdapat nak terima keputusan yang dia sendiri mintak Sultan Perak buat.

Jadi, di mana Prinsip RUKUNEGARA yang ke-2??? "KESETIAAN KEPADA RAJA & NEGARA"... Adakah in contoh terbaik untuk rakyat Malaysia bertaraf Menteri Besar??

Daulat Tuanku Sultan Perak!
Semoga Tuanku sentiasa dilimpahkan rahmat & keberkatan oleh Allah SWT.

16 comments:

  1. dia lupa yang Sultan tu hakim gak dlu...
    ehehee

    ReplyDelete
  2. DYTM yg ada Phd in political science..graduate from harvard...
    mesti tau kan dewan patut dibubar lepas berlaku kekosongan...kecuali pihak yg berkenaan sukerela memberi hak kepada pihak lawan utk menerajui kerusi...so pikirla..hak rakyat tetap hak rakyat...kembali pada mahkamah rakyat..ni diakui oleh Tun M sendiri ya..aku bkn berpihak pd BA..tp rakyat berhak bersuara kalau pemimpin terpesong kan...korang...patut pikir dulu sblm cakap..jgn cakap je tau...pikir untuk semua pihak..dlm buku sejarah pon ada perundangan ni..n try selidik dulu undang2 tubuh kerajaan perak..berpihak pada yg benar..yg kt selalu ikut x selalunya benar...yg kita selalu kutuk x selalunya salah...

    ReplyDelete
  3. Biar siapa pon anonymous nie.. Aku tulis berdasarkan pendapat & pemahaman aku. Aku xpernah gitau apa yang aku ikut tue semuanya btul. Tapi, bila sultan dah kena derhaka tahap mcm ni, apa kejadahnya? Kena la hormat sket. Kalo nak pikir hal smua pihak, apa la yang hang dah wat untuk sumbangan pada negara???Setakat mai utk komen2 kat blog orang xtentu pasal bek xyah ckap pasal politik.

    ReplyDelete
  4. salam
    First of all, selaku orang melayu aku rasa terhina dan juga terguris jika ada orang yang menderhaka kepada sultan terutamanya kaum2 lain seperti Karpal SIngh, dan yang paling panas sehingga hendak menyaman sultan perak. So yb Karpal u know what u will get after this!
    1) Memang sultan ada kuasa untuk memecat PM, MB,KM....
    2) tetapi ini bergantung kepada keadaan tertentu seperti jelas kesilapan yang dilakukan oleh MB dan rakyat bangkit menentang kerajaan yang sedang memimpin.
    3) pendapat aku, untuk mengelak kejadian ini daripada terus berleluasa, pilihanraya perlu di adakan, bukan dengan bubarkan DUN tetapi pilihanraya bagi mereka yang melompat parti tak kirala BN ke, BA ke yang penting bila melompat batal sebagai wakil rakyat. kalau nak buat pilihanraya balik satu negara tak elok, kerana kos yang mahal, lagi2 dlm keadaan ekonomi sekarang.
    4) tak dinafikan DYMM Sultan Azlan Shah bekas Ketua Hakim Negara.
    5) Kita semuanya manusia, silap percaturan adalah biasa.
    6) Dato Sri Nizar atau pun Dato Dr Zamry, kedua-duanya adalah layak menjadi MB, Kalau tak layak Allah tak akan angkat jadi MB.
    7) Provokasi dalam hal ini adalah media, sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara yang baik.
    8) masing2 mepunyai ego.

    ini adalah pendapat sayalah...

    ReplyDelete
  5. Huhu...sangat sedih...itu semua kisah negeriku...

    Daulat Tuanku

    ReplyDelete
  6. salam.
    tidak timbul derhaka atau tidak di dalam kisah drama ini...

    putar belit media dan kekurangan sumber yang benar menyebabkan berlaku wrong perception terhadap permasalahan ini...

    tidka timbul derhaka ini atas beberapa sebab.malaysia bertunjangkan perlembagaan dan peaturan yang telah ditetapkan.dan ini juga adalah asas kepada demokrasi di sesebuah negara.

    jika dilihat pada perlembagaan negeri perak..sultan tiada hak untuk memecat menteri besar..sultan hanya boleh memecat exco sahaja..ini adalah yg diperuntukkan dalam perlembagaan negeri perak sendiri..

    sungguhpun sultan azaln shah merupakan bekas hakim..tetapi di sisi maha esa..manusia akn tetap melakukan kesilapan pertimbagan dan kewajaran walupun nabi sendri(nabi adam)...

    yang paling mustahak..ape yg perlu diketengahkan bukan soal derhaka apda sultan tapi hal nih perlu dilihat dari awal dimana..keputusan SPR yang perlu dipertikaikan kerana menidakkan kuasa speaker yang mengosongkn kerusi kedua-dua dun tersebut..walhal SPR hanya menerut arahan dari speker kerna dia tidak ada kuasa mentyisat kesahihan surat tersebut..ini menyebabkan berlaku nyer 'clash of interest' dalam hal ini...

    semoga permasalan ini dilihat dari awal n punca..bukan melihat hanya pada dasar di depan mata..


    semoga perbincagan ini menjadi wacana dan lebih kajian yang perlu untuk mendapat pertimbagan dan kebenaran..

    ReplyDelete
  7. Bila dekat2 nak kalah, salah SPR....
    Skang nie, bila dah ada orang lompat parti, tuduh & finah orang len..
    Bila sultan diminta wat keputusan, nak saman sultan...
    Inilah manusia...Semuanya unik dengan pendapat masing2...

    ReplyDelete
  8. Dukacita yang besarnya adalah peranan Istana Perak. Sesuatu yang menjadi kebanggaan orang Perak selama ini, bahawa Istananya adalah Istana yang paling berpendidikan tinggi, justeru pembabitan Istana dalam isu yang membelakangkan perlembagaan, amatlah mendukacitakan. Sekurang-kurangnya biarlah segala persoalan yang membabitkan penafsiran perlembagaan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum tergesa-gesa mengurniakan kami dengan seorang MB yang sedemikian rupa.

    Benar…Segalanya sungguh menghiris rasa. Saya tidak dapat lari daripada mengingati kembali komentar Permaisuri Saba’ tatkala beliau mendengar akan kedatangan seorang Raja bernama Sulaiman ke negeri beliau. Permaisuri Saba’ adalah seorang wanita musyrikah yang menyembah matahari, tetapi pengalamannya sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang besar, menyebabkan beliau terpacul kata-kata yang dirakam oleh Allah di dalam surah al-Naml ayat 34 yg bermaksud: “Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”

    Itulah komentar Permaisuri Saba’ tentang gelagat raja-raja. Demikian jugalah jangkaan beliau tatkala mendengar kedatangan seorang raja bernama Sulaiman.Oleh kerana kenyataan Permaisuri Saba’ itu terlalu benar, menggambarkan realiti yang sering mewakili tingkah laku raja yang berkuasa, maka biar pun ia diungkapkan oleh seorang perempuan yang mensyirikkan Allah, kebenaran tetap kebenaran. Allah sendiri yang mengiktiraf kebenaran kenyataan Permaisuri Saba’ dengan firman-Nya: “… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]

    Raja-raja sering mencetus kebinasaan dan menghina penduduk yang bermaruah dan mulia kecuali raja bernama Sulaiman, alayhi al-solaah wa al-salaam. Hadirnya sebagai pemimpin yang berpegang dengan agama Allah, menjadikannya seorang raja yang memakmurkan alam, mengundang kesejahteraan, mencantumkan kembali bumi Palestin dan Semenanjung Tanah Arab, dengan hukum Allah.

    Patik mohon kepada Tuanku agar mengecualikan diri daripada kelaziman raja-raja yang diungkapkan Allah dalam firman-Nya yang Maha Tinggi itu tadi. Semoga Tuanku dapat mengambil ‘ibrah Sulaiman, agar Perak benar-benar menjadi Darul Ridzuan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’aala.

    ReplyDelete
  9. tidak menyalahkan atau disalahkan pada seseorang atau individu..

    saudara berkata tulisan saudarra atas pendapat saudara..

    tetapi perlulah berlandaskan fakta dan asas asas yang kukuh..

    bukn hanya komentar yg dilihat pada mata kasar dan sarkastik terhadap mane-mane pihak...

    =)

    ReplyDelete
  10. nukilan muslimin agung ada benarnya..

    saya juga anak perak yang mengikuti dekat perihal ini..

    tahniah muslimin agung..

    =)

    ReplyDelete
  11. come on la hilal....
    ko bagi pendapat ko, maka orang lain pun beri pendapat mereka mengenai masalah ni lalu memberi komen...

    komen dan pendapat yang bertentangan dgn ko, ko bidas...
    tetapi ko sendiri yg cakap "Aku tulis berdasarkan pendapat & pemahaman aku. Aku xpernah gitau apa yang aku ikut tue semuanya btul
    "

    disini nampak sagat ko penyokong BN..di t'ganu sultan digelar 'natang' tapi tak derhaka..tapi apabila menegur sultan yg tak tahu perlembangan, dipanggil derhaka plak...

    tepuk dada, tanya selera..

    ReplyDelete
  12. Salam...
    Sy selaku anonymous...m'jwb ketidakpuasan Owner blog...

    "Tapi, bila sultan dah kena derhaka tahap mcm ni, apa kejadahnya? Kena la hormat sket"

    Sy simpulkan kenyataan ini dgn sebuah firman Allah yg bermaksud:

    Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan serta memberi kaum kerabat dan melarang berbuat yang keji dan yang mungkar dan kezaliman. (An Nahl: 90)

    Maksudnya: Maka jika salah satu dari keduanya teraniaya kepada yang lain, hendaklah kamu perangi (golongan) yang membuat aniaya, hingga kembali kepada perintah Allah dan hendaklah perdamaikan antara keduanya dengan keadilan dan hendaklah kamu berlaku adil. (Al Hujurat: 9)

    Ayat ini membawa maksud yang umum untuk semua umat Islam supaya bersikap adil,dan juga berlkau penganiayaan hendaklah kita perangi golongan yg membuat pengiyanaan. Sekarang yang tidak adil kita sudah pasti siapa dan yg teraniya adalah rakyat. dan jawapannya kita sudah pasti, dan tidak berbuat salah jika kita perangi org yg menganiya tersebut. Kepimpinan yg adil amat penting utk pemimpin dlm menerajui sesebuah negara/negeri kerana pemimpin adalah contoh bg rakyat. Kalau dah pemimpin boleh membelakangkan undang2 mana mungkin rakyat tidak berani melakukan sedemikian? kerana pemimpin menjadi acuan rakyat..

    "Kalo nak pikir hal smua pihak, apa la yang hang dah wat untuk sumbangan pada negara???"owner blog...

    Sebagai seorang mahasiswa, sy rasa sy sdg menyumbang kpd negara kerna
    1)sy tdk menyumbang kpd masalah sosial negara malah sdg berusaha utk menyumbang kpd negara dgn menimba ilmu sbyk yg boleh dan Insyaallah ilmu itu akan sy sumbangkan kpd anak2 akan dtg...
    2)Sekarang pun sy sedang menyumbang kepada negara dlm memperbetulkan isu bercanggah yg sy pasti dan sy kaji sebelum ini utk pengetahuan semua.
    3)sy bukanlah seorang bekas MPP tp sy rasa sumbangan sy utk universiti,negeri dan negara tetap ada dlm penglibatan sy dlm beberapa penyertaan di peringkat ini. tidak perlu sy detail kan.
    3)Bg sy, selagi kt warga Malaysia yg taat, tidak melakukan perkara yg salah di sisi undang2 selagi itu sy menyumbang kpd negara.Tidak perlu kt mempertikaikan pemimpin yg tiada sumbangan dr segi pembangunan infrastruktur spt bangunan pencakar langit yg gah di mata dunia dan sebagainya selagi sumbangan kepada rakyat utk membangunkan tamudan rakyat dan juga utk mempertahankan hak rakyat diabaikanngupas sama sekali.Kita ambil iktibar dari kata2 Ibnu Khaldun, pembentukan dari aspek rohaniah adalah lebih penting berbanding pembentukan dari segi lahiriah dalam sesebuah ketamadunan.
    4)Kalau nak bandingkan sumbangan sy dgn sumbangan pemimpin yg dipilih oleh rakyat memangla besar jurangnya kerana mereka dipilih oleh rakyat utk menyumbang dan berbakti kpd mereka. Tidak salah utk sy membetulkan mana yg salah sedangkan nabi juga pernah berbuat kesalahan inikan pula raja walaupun berpendidikan undang2.sy juga tdk mempertikaikan sumbangan Sultan Perak/UMNO tetapi sy hanya mepertikaikan tindakan mereka selaku pemimpin yg membelakangkan undang2. Dan sy pasti sy berhak mengutarakan pendapat kerana ruangan comment disediakan.Jika tidak, owner boleh mengehadkan ruangan ini supaya tidak dapat dilihat oleh public.

    ReplyDelete
  13. Salam WUFi Kembali.
    Seperkera lagi, media arus perdana mengambarkan Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka tetapi ketika krisis perlantikan Menteri Besar di Terengganu dan Perlis, pemimpin Umno yang menolak cadangan Sultan tidak digambarkan sedemikian. Apabila sesuatu isu melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat, media arus perdana akan memberi gambaran yang buruk sedangkan pemimpin Umno ada yang bertindak lebih teruk dari itu. Contohnya, tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menabalkan sultan Kelantan yang baru pada tahun 1993 kerana Sultan Kelantan yang sedia ada, Sultan Ismail Petra tidak sehaluan dengan pemimpin Umno Kelantan. Kalau nak dikirakan menderhaka tindakan Annuar Musa ini lebih derhaka berbanding yang Nizar. Sekadar pandangan peribadi. Maaf jika tidak berkenan di hati.

    ReplyDelete
  14. apa yang dikatakan muslimin agung di atas tu memang benar....

    its all about dirty politics...bila BN derhaka, tak dipanggil derhaka....agar Allah menegakkan keadilan di negara kita...

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.