AF7 Audition @ 1 Borneo..

Bebaru ni, aku berpeluang melihat sendiri sesi ujibakat untuk Akademi Fantasia musim ke 7 di 1 Borneo Hypermall... Tq berjuta-juta wat Liza & Nadira yang sudi bawak aku ikut skali diorang berjalan.

Ujibakat AF selama ni aku bayangkan amatlah mudah untuk ditempuh. Namun, sangkaan yang aku rasa selama ni sebenarnya meleset sama skali. Ada 4 stage yang perlu dilalui.

Stage 1 pon dah susah.. Ada 2 orang petugas Astro yang akan ujibakat kita. Menyanyi tanpa mikrofon & muzik minus one. Yang penting, merdukan sora dalam bilik ujibakat yang ala2 gudang yang baru dibuat..


Stage 2, lebih grand sket pentas dia. Kita akan diadili oleh Nurul(Bekas isteri Ajai) & Edry Hashim. Yang nie la yang start masuk TV nie... Kita kena nyanyi tanpa muzik dengan menggunakan mic & aksi kita akan dirakamkan untuk tatapan rakyat Malaysia.hahaha...

Stage 3 & 4, aku xdapat p pasal time aku g tgk tue, xdak plak yang lepas sampai stage 3 & 4..ahaha....

Secara keseluruhannya, perjalanan aku masa g tgk2 time ujibakat AF7 nie (Sabtu, 31 Jan 2009 ritu) sangat best... Dapat g jmpa Nadia, Mila, Syawal, Nubhan, Ebi & crew2 ujibakat yang ada... Smua memang sempoi...

Speacial thanks skali lagi wat Liza ngan Nadira...Banyak2 thanks bagi peluang aku ikut hgpa..haha....Actually masa hari kami g tgk audition ni besday Nadira.... Ala2 ronda2 sambil menyeronokkan hari utk Dira la...hehe...


Hari ni, 3 Feb plak, Besday Liza...So, aku ucapkan hepy besday untuk Liza...Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki.. Jangan lupa solat & semoga sentiasa berjaya dunia & akhirat...Amin...






Nie plak beberapa gambar yang sempat aku snap masa g jenjalan nie...



Diriku
February 3, 2009
1

Comments

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Hebat!