Sunday, January 4, 2009

Bangga Anak Melayu

Bangsa Melayu selalu dikaitkan sebagai satu bangsa yang pandai berbudi bahasa, bersopan santun dalam bertutur,pemalu, peramah dan juga pandai menjaga hati orang tua. Itu persepsi terhadap kebudayaan Melayu.

Kini, cuba kita telitikan kehidupan anak muda Melayu. Adakah masih kita semua bersopan santun dan pandai menjaga hati orang yang lebih tua dari kita??? Adakah benar orang Melayu kini pemalu??? Adakah benar orang Melayu kita bersopan santun dalam pelbagai hal??

Ini pengalaman sebenar yang sempat aku lalui. Biasanya bila orang Melayu dah berada pada satu taraf hidup yang tinggi sedikit berbanding orang Melayu yang lain, biasanya golongan ni dah mula lupa diri. Hilang segala aspek kebudayaan yang ada pada darah Melayu yang dibanggkan. Sepatutnya, bila pelajaran dan tinggi, rezki dah lebih sket, kena la lebih berbudi bahasa, lebih pandai bergaul....Bukan sombong dan berlagak pandai..Bangga btul sebagai orang Melayu kaya...Tapi kesian...Miskin dengan budi bahasa...

Ada juga spesis Melayu yang kaya budi bahasa...Bangga btul dia bila dia dikatakan sebagai anak Melayu yang kaya dengan budi bahasa. Tapi, masalahnya...Dah kaya budi bahasa usaha untuk nak tambahkan rezeki pula tak mau.Camna la??Nie pon susah jugak. Hanya bangga sebagai anak Melayu yang kaya budi bahasa... Dari sini timbul pulak persoalan...Budi bahasa boleh ka beli apa kehendak kita???

Jadi, kalo kita asyik saja bangga dengan kejayaan sejarah tok nenek kita dulu.. Zaman Melaka yang kononnnya bahasa Melayu jadi lingua franca la...Hang Tuah & Hang Jebat la.... Raja berkuasa mutlak ke atas rakyat la...Bek xpayah kalo skang nie orang Melayu asyik dok kena tindas & asyik diperbodohkan ja...Jangan la dok bangga nak kata diri tu Melayu kalo asyik dok bangga ja.

Yang penting skang ni, kena lebih berusaha untuk mencari jalan dalam menyelesaikan masalah Melayu ni...Jangan asyik memandang ke belakang dan sentiasa berbangga dengan dunia di bahagian belakang saja. Sebabnya hidup kita nie semakin hari semakin ke depan. Bukan ke belakang... Kalo dah kaya, jangan lupa bahawa nenek moyang kita pernah miskin & susah. Kalo yang dah kaya budi bahasa, jangan pulak lupa untuk sentiasa berusaha untuk menaikkan martabat orang Melayu. Kalo yang dah dok kat atas, jangan lupa, turun la ke bawah sket agar kita lebih dikagumi & dihormati...Jangan terlalu menyombong kerana sikap sombong boleh memakan diri.

Berbanggalah sebagai anak Melayu yang x lupa diri...
Sekian..

2 comments

aku lagi bangga kalau jadi melayu yg bukan org pandang sebagai semata2 MELAYU tapi jadi melayu yang benar2 berjaya....

aku tak suke org persoalkan kesopanan org melayu la itu la adab resam la, pedulikan itu semua....tapi melayu yang patut bangga sebagai melayu ialah melayu yg benar2 berjaya memartabatkan diri dia sebaris bangsa lain di dunia....bukan cuma bangga dengan sejarah asal usulnya...

jgn lupa bangga atas nikmat beraqidah dgn aqidah ISLAM jg...syukur

Sebarang komen amatlah dihargai.