Wednesday, December 3, 2008

Mari Berbuka...

16 September 2008

Perayaan Hari Malaysia yang diraikan di seluruh Malaysia. Satu cuti umum untuk negeri Sabah. Kebetulan oada tahun nie Hari Malaysia jatuh pada bulan Ramadhan. Aku dan kawan-kawan dah lama x keluar skali.. Aku, Zul, Zikri, Phad, Epul, Aliff, Shah, Boy, Is, Apek, Yoi Apit, Along.. Kami kuar la untuk lepak sama2 kat KK. Pada tarikh nie kami wat pertama kalinya dapat kumpul reramai setelah lebih dari sebulan kami tak lepak mahupun makan malam sama-sama. Nie antara gamba yang sempat dirakamkan masa kami g KK untuk buka posa sesama kat KFC Centre Point, Kota kinabalu.

Kebetulan pada masa nie, Phad ngan Aliff baru berbaik selepas "peperangan" yang berlaku antara mereka berdua... Peluang nie la jugak digunakan untuk mengembalikan kemesraan & keseronokan bersahabat sesama kami. Alhamdulillah perjalanan semua berjalan dengan lancar walaupun kami beramai-ramai menaiki bas T.U.T (Tuaran United Transport) untuk ke KK.haha...

Bila sampai saja kat KK, kami beramai-ramai jalan untuk ke Centre Point, Kota Kinabalu untuk berbuka puasa. Pada mastu tue, waktu berbuka agak awal, iaitu jam 6.09 petang.. Haha...Memang best. Dah la majoriti antara kami nie yang bangun kul 3 petang. Kira pahala puasa kurang la sket pasal tido yang amat banyak. Tapi pasal reramai dah plan untuk berbuka sesama, maka janji, kena la tepati jugak untuk mengelakkan masing-masing mendapat "kutukan" mesra dari suara majoriti yang dapat hadir.

Masa nak beratur beli makanan memang sangat ramai.. Kami terpaksa untuk berpecah dan beli untuk 2 3 orang sekaligus bagi menjimatkan masa & tenaga. Apa yang menarik, tepi tempat kami berbuka nie, ada 2 budak belasan tahun la. Macam pondan ja...Dok tergedik-gedik cubit ayam untuk dimakan. Zul pun dok gatal2 ja kaco budak tue. haha... Apa lagi, kami pon masuk join la untuk kaco budak tue.. Kesian btul, kecik2 lagi dah mengalami kecelaruan gender. Memang masalah masyarakat.

Dah abes ja kami makan, kami g solat kat surau CP, KK. Lepas abes solat, kami jalan2 sket kat dalam CP tu, dan terus ronda-ronda ngan tangkap gambar reramai.. Memang happening...

Nie salah satu gambar yang sempat kami rakamkan masa kat sana.


Untuk tengok lagi banyak gambar, layari laman blog saya di http://hilalazmi.blogspot.com


Klik http://realvoices.youthsays.com/2008/12/mari-berbuka/ Untuk melihat entry sebenardi Youthsays..







Sebarang komen amatlah dihargai.