Hidup Ini...

Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan…
Motto hidup aku??? “Buat baik dibalas baik, namun bila berlaku kejahatan ke atas kita kenalah kita bersabar sesabar mungkin”. Ini moto hidup aku..

Aku rasakan inilah motto yang terbaik dalam memastikan hidup aku bahagia tanpa sakit hati dengan sesiapa dan mungkin juga menyebabkan aku bergaduh dengan sesiapa.. Namun, kadangkala cabaran yang kita hadapi ini mungkin akan menyebabkan tindakan kita berada di luar dari motto yang kita asyik saja bisingkan. Alhamdulillah setakat ni motto ni sentiasa aku pegang walaupun aku sentiasa terpaksa makan hati dengan tindakan kejahatan yang orang lain lakukan terhadap aku. Namun, itulah kehidupan. Kalo xda cabaran dan dugaan maka tak menarik la hidup ni. Nak kata aku pernah atau tak langgar prinsip aku ni atau x? Aku rasakan setakat ni xpernah lagi. Niat untuk melakukan pembalasan melalui kejahatan selalu ada. Tapi, dari segi tindakan biasanya aku xkan buat. Maka blog peribadi aku la yang menjadi tempat untuk aku ceritakan kejahatan demi kejahatan orang terhadap diriku. Tapi biasanya cerita ini biarlah berkias dan sedap untuk dibaca agar pembaca blog aku x tertekan dengan emosi aku.

Aktiviti yang aku jalankan??
Sejak kebelakangan ni (2 tahun kebelakangan), aku selalu sahaja berusaha untuk menyibukkan diri dengan menulis blog. Ini penting pada aku kerana ia bagi memastikan idea yang aku ada ditulis dan dikongsi dengan pembaca yang membaca blog aku. Frekuensi aku berblog, biasa aku bergantung pada jaringan internet yang ada di sekitar aku. Kadangkala bila aku berada di luar kawasan yang ada internet, aku xdapat nak berblog. Dan perkara ni biasanya akan mengganggu emosi aku.

Tapi, bila ada sahaja sambungan internet dengan aku, aku akan menggunakannya semaksima mungkin. Penggunaan laman mencari kawan seperti Friendster, Myspace, Facebook dan Tagged yang paling biasa aku gunakan untuk memastikan hubungan aku dengan rakan dan kawan2 aku tidak terputus.

Selain tue, kaedah berSMS juga menjadi salah satu kaedah untuk aku sentiasa berada dekat dengan kawan2 di sekeliling aku. Sebabnya, kehidupan aku sentiasa dekat dengan kawan-kawan. Selain daripada keluarga, aku banyak berada di kalangan kawan-kawan. Dah biasa hidup sebagai perantau. Tapi bila saja aku rindukan keluarga di rumah, maka telefon saja. Teknologi inilah yang paling murah dan jelas dalam menyampaikan rasa hati.

Klik sini http://realvoices.youthsays.com/2008/12/hidup-ini-2/

Chapter 11: Life…as it is

What is your motto in life? Are your activities aligned to this motto? Where are these activities carried out? Have your range/choice of activities changed over the past 2 years? What is your preferred mode of communication? (i.e. phone, internet, facebook) How often do you use these mode of communication?
—————————————————————————————————-
Apakah moto hidup kamu? Adakah aktiviti kamu selari dengan moto itu? Dimana aktiviti-aktiviti ini dijalankan? Adakah pilihan/jenis aktiviti kamu bertukar sejak 2 tahun ini? Apakah cara komunikasi pilihan kamu? (Seperti telefon, internet, facebook) Berapa kerap kamu menggunakan cara komunikasi ini?

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.