Friday, December 5, 2008

Cool + Economic...

Kalo dulu, masa zaman aku skola menengah dengan zaman skang, gaya & trend skang jauh berbeza….

Contohnya aku… Kalo dlu, masa zaman skola, trend yang aku gilakan ialah berambut panjang dengan rambut dibelah tengah..Memang best.. Skang nie plak rambut cmnie, memang susah nak dikatakan ikut trend.. Tapi trend skang nie banyak rambut pendek yang sedikit warna dikenakan bagi tambah umph style sket..ehehe…Tapi yang aku rasa mcm best sket skang nie mungkin la rambut style mohawk…

Dari segi berpakaian, yang menarik skang nie ialah dengan cara kemeja lengan pendek yang bercorak jalur…Ehehe… Xpon, style yang agak santai ialah dengan pakai tshirt kolar bulat yang ada corak yang simple atau tulisan yang biasa cthnya “Hujan”.

Dari segi bahasa plak, kalo skang nie bahasa biasa yang kita guna skang nie ialah bahasa yang ala2 SMS ja…Memang menarik sket la skang nie pasal bahasa SMS & chat nie dah mula menguasai remaja skang.. Takut nanti masalah pulak masa nak wat karangan untuk paper Bahasa MAlaysia SPM atau PMR..eehe..

Rancangan TV yang slalu ditonton pula banyak mendapat pengaruh dunia Barat… tapi untuk versi Malaysia, rancangan Realiti TV yang semakin mendapat perhatian remaja skang.. Dimulakan dengan Akademi Fantasia. Skang nie pulak rancangan realiti macam Mentor & One In A Million yang mendapat tempat…Tapi apa yang baik dalam rancangan tv nie, at least family dapat berkumpul masa nak tengok ceta nie… Bagi golongan remaja lelaki pulak, EPL menguasai isu yang dibincangkan.. Waktu tengah malam diisi dengan melepak di kedai mamak untuk tengok perlawanan bolasepak team yang diminati…

Kalo produk pulak, produk penjagaan muka untuk lelaki semakin banyak..NIvea for Men, Loreal for Men dan lain2 untuk lelaki… Maka banyak lelaki yang dah pandai jaga penampilan masing2 di samping produk pewangi yang best… Untuk pelajar U mungkin ada yang nak berjenama tapi bersifat ekonomi.. Contohnya pewangi Adidas.. Yang ada jenama tapi cukup mantap dari segi harga yang agak sesuai untuk golongan muda yang belum bekerja…Ini yang perlu diberi perhatian..ehehe…

Tapi nie semua sangat berbeza dengan kisah remaja dulu… Apa yang terkesan sebenarnya ialah peningkatan penggunaan duit dalam akiviti harian… Kalo dulu2, stakat kuar men2 dan bersembang kosong. Mungkin juga aktiviti bersifat riadah macam kumpul ramai sambil bakar ubi kayu untuk hilangkan boring. Tak gunakan duit yang banyak.. Tapi skang nie, hampir semua aktiviti perlukan duit.. Malah, skali bergerak ja dah gunakan duit..Patut la skang nie dunia perlukan duit untuk hidup selain nyawa..ahahaha…

Kesimpulannya, untuk jadi lebih cool pada zaman skang nie, kena la pandai untuk pilih jenama & jenis gaya yang ingin digayakan… Biar nampak style, tapi ekonomi untuk pastikan hidup kita xla tertekan dengan masalah kewangan yang membelengu.. Kita ni baru remaja yang masih mengharapkan tajaan dari mak bapak kita…Berjimatlah dalam bergaya…tue yang penting..



* Nie asignment utk Chapter 10 yang aku kena wat...
Klik http://realvoices.youthsays.com/2008/12/cool-economic/ Untuk tengok entry sebenar...


Chapter 10: The Guide to being cool
What is cool? Amongst your social circle, what's really cool? What are the hot trends right now? Fasion, gadgets, activities? Words, slang, language? TV shows, hobbies? Brands, products? How was this different when you were younger, VS now? And what is NO
-------------------------------------------------------------------------------------

Apa yang "cool"? Di likungan sosial kamu, apa yang betul-betul "cool"? Apakah tren yang paling panas sekarang ini? Fesyen, alat-alat, aktiviti? Perkataan, slanga, bahasa? Rancangan TV, hobi? Jenama, produk? Bagaimanakah Ia berlainan dengan semasa kamu lebih muda/kecil, vs sekarang?

Sebarang komen amatlah dihargai.