Belia Abad 21....

Dalam menjadi belia di Malaysia kini, perasaannya sentiasa tercabar. Kerana apa? Belia hari ini senantiasa diberikan tuduhan negatif biarpun perkara yang dilakukan oleh belia hari ini bersifat positif.

Contohnya, bila mana belia hari ini cuba untuk keluar melihat permasalahan sosial yang berlaku. Terutamanya di waktu malam, selalu sahaja individu ini akan dipandang serong. Walhal, percubaan belia ini adalah untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang melanda sahabat belia.

Saya akan sentiasa tersenyum apabila dapat melihat ramai bela hari ini yang semakin ramai dapat melanjutkan pelajaran di Universiti. Berbanding zaman dulu, peluang belia untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi amat susah. Masalah kewangan, polarisasi kaum, mahupun masalah kurangnya pengetahuan berkenaan kepentingan melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.Situasi ni bukan sahaja memberikan peluang untuk menghasilkan masyarakat Malaysia yang lebih berpengetahuan, malah meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Adakah saya & kawan2 sekeliling saya sama??

Ya, wujud persamaan antara kami. Sama dari segi pengalaman semasa membesar. Kami merasai bagaimana perlu berjalan ke sekolah.. Merasai bagaimana suasana kelas tuisyen yang juga dirasai oleh budak-budak skola zaman skarang. Dapat merasai kelas pengajian Al Quran apabila perlu untuk berjalan kaki di waktu malam. Juga banyak cerita hantu sepanjang perjalanan ke tempat pengajian Al-Quran..ehe...

Nie la stakat nie yang sempat aku cetakan kisah belia hari ini...


Klik http://realvoices.youthsays.com/2008/12/belia-abad-21/
"Real Voices" Project
December 4, 2008
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Sakit perut yang menyeksakan..

Hari Jumaat yang lalu, 18 Julai 2008. Aku mengalami sakit perut yang dah tahap …

Perusahaan bahagia

Ada banyak hari duka, Isnin siku di muka, Selasa muncung bagai menge…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Kalau hidup ni manis sepanjang jalan pun tak sedap jugak!

Kehadiran tahun 2020 memang sangat mengujakan! Ya la, angka 2020 ni merup…

Hebat!