Saturday, November 1, 2008

Sejarah mengajar kita?

Bila bercakap isu sejarah, perkara pertama yang telintas di fikiran saya ialah mahasiswa Universiti Malaya (UM). Pantang saya berjumpa dengan mana-mana perwakilan mahasiswa dari sana, mereka ini asyik sahaja menceritakan kisah kehebatan MANTAN2 mahasiswa mereka suatu zaman dahulu. Pantang saja kita cerita berkenaan gerakan mahasiswa, mahasiswa UM terus meledak dengan mengatakan semua gerakan ini BERMULA di UM.

Saya tidak menafikan itu semua...Namun, apa yang perlu kita fikirkan ialah SEKARANG. Sejarah lampau tu hanya sebagai petunjuk ataupun indikator untuk kita jadikan sebagai penanda aras dalam mengejar kemajuan untuk kehidupan di masa depan. Saya keluarkan isu ini bila kita dah mula sedar berkenaan KUALITI MAHASISWA yang semakin membimbangkan. Media asyik sahaja menggambarkan kisah kegilaan pelajar IPTA yang menjadi GRO, yang tidak berjaya mendapat tempat dalam pekerjaan dan bermacam-macam lagi tuduhan kononnya mahasiswa sekarang ni telah rosak malah tidak teragak-agak menuduh mahasiswa sebagai "trend setter" untuk masalah sosial yang berlaku di Malaysia.

Pada hemat saya, mahasiswa kini berada pada tahap kematangan yang lebih tinggi..Malah lebih luar biasa dari zaman dahulu. Buktinya, kenapa kebanyakan gerakan mahasiswa kini lebih disenyapkan untuk laporan media? Lagi, kita boleh lihat, bila saja ada perjumpaan mahasiswa dengan pihak kerajaan melalui pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), ada saja jawapan yang "menyedapkan" perwakilan mahasiswa ni namun, tiada tindakan susulan yang diambil.

Contoh paling mujarab untuk anda lebih faham, isu diskaun tiket penerbangan untuk semua mahasiswa malah untuk pelajar di seluruh Malaysia. Isu ini telah dinaikkan di peringkat Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) salah satu mesyuarat yang memberikan peluang untuk mahasiswa menyuarakan suara mereka kepada pihak tertinggi kerajaan iaitu melalui Timbalan Perdana Menteri sejak lebih dari 7 tahun yang lalu. Sekiranya betul kerajaan kita serius mendengar suara mahasiswa, kenapa baru-baru ini, apabila perwakilan dari Universiti Malaysia Sabah, dalam pertemuan dengan Pegawai Tinggi Air Asia bertanya berkenaan isu ini, katanya tiada langsung pertemuan dengan mana-mana pihak kementerian untuk bincang isu ini??

Cuba anda bayangkan, 7 tahun, satu isu yang mampu diselesaikan dengan mudah, malah tidak menelan jutaan ringgit pun amat susah untuk diselesaikan.Masalah suara mahasiswa yang tidak cukup kuat ka? Ataupun ini adalah masalah minit mesyuarat MPPK yang tidak lengkap? Ataupun pihak kerajaan kita tidak cukup peka dengan hal ini?

Inilah yang dikatakan, sejarah lampau memberikan kita penanda aras. Kalau dulu mahasiswa (zaman Anwar Ibrahim jadi MPP), guna kaedah demonstrasi, xkan la relevan lagi skang ni mahasiswa nak guna kaedah yang sama? Mahasiswa sekrang juga lebih pandai & kreatif dalam arena politik. Tapi yang berkuasa bukan mahasiswa, pemimpin yang ada sekarang.Bolehkah kita kata bahawa sejarah mengajar kita???? Tepuk dada, tanya iman...

Sekian...

Sebarang komen amatlah dihargai.