Sunday, November 9, 2008

Kepercayaan Terhakis????

Hari ni aku nak bercerita isu kepercayaan. Bukan pasal kepercayaan agama...Tapi kepercayaan terhadap individu yang ada autoriti untuk dipercayai.

Dalam dunia skarang, salah satu kerjaya yang paling dipercayai manusia ialah Doktor Perubatan. Ini kerana apa saja nasihat dari doktor ni biasanya akan diikuti oleh pelanggan klinik @ hospital. Aku juga bukan nak bercerita kisah doktor perubatan. Sebabnya??? Aku benci dengan pelajar perubatan....Biarlah kisah kebencian dengan budak medic terutamanya di UMS ni.

Biarpun mcm tue, aku nak ceta kisah Kaunselor. Juga merupakan satu kerjaya yang patut dipercayai oleh semua orang. Kaunselor memainkan peranan sebagai pakar psikologi manusia yang biasa memberi khidmat nasihat & terapi kepada manusia yang menghadapi masalah jiwa.

Dalam konteks pelajar, kita biasanya jumpa dengan kaunselor bila ada masalah yang mungkin kita tak boleh nak atasi di peringkat pelajar tetapi xmo bgtau parens kita.Jadi, tugas kaunselor kalo dalam institusi pendidikan ni sebenarnya sangat penting.

Masalahnya sekarang, kenapa student xmo jmpa dengan kaunselor?
1. Mungkin student xreti nak ceritakan masalah kepada kaunselr.
2. Mungkin kaunselor ni biasa akan bagi nasihat yang sama saja kat student ni.
3. Mungkin KEPERCAYAAN terhadap kaunselor kurang.

Masalah utama yang berlaku di sekitar saya ialah masalah yang ke 3. Masalah KEPERCAYAAN. Tak dinafikan, kaunselor tersebut juga merupakan manusia. Mungkin xboleh nak selesaikan masalah individu, sorang2 dia saja. Tapi jangan la sampai diceritakan masalah tu kat orang lain...Kan?

Setahu aku, kaunselor ni memegang satu akta yang dia xboleh ceritakan apa2 permasalah atau kes yang sedang di'handle' pada sesiapa kecuali pada pegawai yang lebih tinggi dari dia. Demi memastikan kes tue dapat diselesaikan dengan baik.

Jadi di sini, kalo setiap kali berlaku kes di sekitar saya, pasti akan diketahui seluruh jabatan terbabit tentang isu tu...Jadi, mcm mana rakan2 saya akan lebih senang untuk mendekati kaunselor???

Fikir, lihat & pandang selalu....

Sekian.

2 comments

haha.. sama la cam yang ko ckp tu. kaunselor dgn doktor tu masih lg manusia biasa. bila2 masa ja dorang boleh buka mulut bgtau crita org kat org laen plak. lgpun 1/10 org je yg buat suma tu. masih di kira boleh hilang kepercayaan ke? kamon la. ko tu plajar, tu pun x terpikir ke? atau ko nak suma org kat malaysia ni terutamanya plajar membenci doktor dgn kanuselor? dorng tu bukannya nk crita pun, tp ada la org yg 'bijak' sgt korek rahsia smpi 'org' tu cerita suma. sbb tu la ada kerja wartawan di duina ni. keja dorang bgtau rahsia yang kita x tau.
klu ko marah dengan komen, marah la balik kat sini. babai..?!?

Masalah yang berlaku di sini, saya hanya mempersoalkan..Adakah kepercayaan masih boleh dipegang???Tak bermakna saya nak PASTIKAN semua orang xsuka ataupun xpercaya dengan doktor ataupun kaunselor...

Saya xmarah pon, cuma saya menyampaikan pendapat saya.

Sebarang komen amatlah dihargai.