Hiburan melalaikan?

Hiburan merupakan satu dunia yang amat indah. Ini bagi pendapat karyawan hiburan mahupun para pencinta seni hiburan di dunia ini.

Hiburan merupakan sesuatu yang melalaikan malah menjijikkan. Ini pula pendapat bagi orang alim (yang saya selalu jumpa).

Hiburan ni perlu kawalan. Berhiburlah selagi kita tidak lupa & lalai kepada Allah. Ini pula pendapat dari seorang rakan masjid yang saya kenal.

Jadi, dari ketiga-tiga statement di atas nie sentiasa mengelirukan semua orang...Saya mempunyai prinsip yang tersendiri dalam berhibur. Pertama yang perlu dipegang ialah kewajipan ialah kewajipan.. Solat yang diwajibkan kepada kita kena buat walau apa pun yang terjadi. Hatta orang yang sakit nak mati sekalipun diwajibkan solat siap dibagi rukhsah solat lagi.

Kedua, pada pendapat saya, genre muzik xmemainkan peranan sangat kerana bila hati dah kuat dalam mengingati Tuhan, maka kita akan tetap mengingatinya.

Ketiga, berada dalam keadaan sedar pada masa berhibur yakni tidak mabuk. Ya la, kalo solat pon xboleh solat dalam keadaan mabuk. Ni kan pula berhibur, kalo sambil mabuk, cmna la nak feel?


Ini prinsip yang saya rasa perlu untuk kita pegang dalam berhibur. Jadi, bila orang kata hiburan itu melalaikan, adakah ianya benar?? Tepuk dada, tanya iman.
Pendapat
November 2, 2008
0

Comments

Search

Popular Posts

Masa untuk berhijrah!

Foto Astro AWANI / Shahir Omar Setiap kali kedatangan tahun baharu, maka …

Masa untuk lebihkan bersyukur

Dunia media ternyata menerima pukulan hebat akibat derasnya arus gangg…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pentingnya ambil tahu hal jiran...

Kejadian kehilangan kanak-kanak semakin hari semakin menjadi-jadi. Ia menjadi…

Kisah bunga Refflesia di Pahang

Hampir semua rakyat Malaysia tahu bahawa bunga paling besar di du…

Hebat!