Sunday, October 19, 2008

Mesyuarat PANEL Perpaduan Edisi KK.

Salam sejahtera, semalam saya dihantar oleh Presiden untuk mewakili beliau dalam menghadiri Mesyuarat PANEL Perpaduan Negara bagi membincangkan isu berkaitan penubuhan Akta Hubungan Kaum. PANEL ini sangat penting kerana golongan inilah yang menjadi penasihat utama kepada Perdana Menteri dalam hal ehwal perpaduan dalam negara kita. Untuk mewakili suara mahasiswa, 2 wakil MPP dari USM dan UMS dijemput sebagai ahli PANEL juga dalam memberikan pendapat pada isu yang dikemukakan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Menteri Perpaduan, Kesenian & Kebudayaan.



Hasil dari mesyuarat, hampir sebahagian besar PANEL kurang bersetuju untuk menubuhkan akta ini namun, pemerkasaan kepada Rukunegara itu perlu diambil perhatian secara serius.

Apa pula kata anaa berkaitan penubuhan akta ini????Sila komen di bawah ni...

2 comments

sedara hilal...
hehehe mcm skema...
lal, aku rasakan, akta ni xssuai la....sbb smakin byk peraturan n undang2 d buat smakin truk pkara tu blaku...spatutnya kita cba utk merapatkan hbngn bkn dgn peraturan...klu dgn peraturan smua tu jd ny mcm 'plastik'...mngkn ko prnh dgr kn lal...peraturan d buat utk d lnggr...

Salam WUFI...
Byk sgt dah usaha yg dilakukan oleh kerajaan utk menangani isu perpaduan kaum, tp smuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. Simposium, ceramah, forum dan sebagainya diadakan hanya retorik semata-mata hingga menghabiskan duit rakyat. Buat semua ni di hotel2 ternama, tp hasilnya haprak.Pd heat saya sudah tiba masanya kita yg mendakwa negara ISLAM ini agar kembali menjunjung Al-Quran dan Sunnah sbg landasan memerintah. Dalam lembaran sejarah, tcatat bagai tinta emas teknik Nabi Muhammad s.a.w mentadbir Madinah menjadi sebuah negara Islam yg disegani walaupun dihuni oleh pelbagai kaum dan agama termasuk Yahudi yg amat keras thdp Islam. Kejayaan Baginda ini tidak laindan tidak bukan kerana ISLAM diamalkan disegenap penjuru pentadbiran. Maka masalah dapat diatasi hatta isu perpaduan berjaya ditangani

Sebarang komen amatlah dihargai.