Teras masyarakat…

Assalamualaikum & Salam sejahtera untuk semua.
Persekitaran politik semasa semakin hari semakin panas. Bermula dengan provokasi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008 sehinggalah kepada penangkapan 3 “orang kuat” Pakatan Rakyat di bawah ISA. Tidak kurang juga dengan pergaduhan antara pemimpin UMNO yang masing-masing dengan pendapat dan pemikiran yang berbeza. Tidak dilupakan juga dengan isu yang tercetus dalam pemilihan Presiden MCA yang akan berlaku bulan depan. Kesimpulan awal yang dapat saya katakan sekarang ialah semua ini pergaduhan oleh warga tua yang memalukan diri sendiri. Semua mereka berebut inginkan jawatan & kuasa untuk memerintah negara. Tidak kurang juga ada juga antara orang tua yang mula tunjuk biadap dengan bertindak membangkitkan isu perkauman. Apa ni? Adakah status golongan tua yang dicanangkan sebagai teras masyarakat sudah hilang kredibiliti & kematangan?? Seolah-olah segalanya yang berlaku dalam kepimpinan politik Malaysia kini dahagakan satu kuasa kepimpinan yang lebih segar & tiada lagi pergaduhan.

Sungguhpun demikian, apa yang menyedihkan dengan situasi yang berlaku kini ialah warga tua ini berbalah seolah-olah Malaysia ini hanya untuk mereka. Dan hanya golongan yang berebut kuasa ini saja yang patut hidup di Malaysia untuk 50 tahun akan datang. Apa akan jadi pada anak cucu mereka ini?? Kami sebagai orang muda seolah-olah dinafikan hak untuk hidup di negara ini. Tujuan entry ini ditulis bukanlah untuk mencari salah warga tua Malaysia, tapi cuma ingin memastikan kami sebagai orang yang bakal hidup di negara bertuah ini 50 tahun lagi mendapat hak sepatutnya. Dengan situasi sekarang ini, seolah-olah keadaan pada tahun akan datang menjadi sangat teruk & tidak keterlaluan kiranya saya katakana bahawa kami akan hidup dengan kehidupan serba daif dan ketakutan pada masa depan akibat perbuatan warga tua teras masyarakat kini.

Bila dikatakan bahawa warga tua sebagai teras masyarakat, mereka sepatutnya menjadi teras & penyedia satu batu asas untuk kehidupan generasi baru. Kalau warga tua sekarang tidak mampu untuk meletakkan batu asas demi kebahagiaan generasi baru Malaysia, lebih baik terus sahaja bagi peluang pada generasi muda untuk memegang tampuk kepimpinan negara. Satu lagi masalah akan muncul sekiranya ini berlaku. Orang muda tiada pengalaman & sangat emosional dalam membuat tindakan. Itu persepsi yang ada pada warga tua kini. Lantas, orang muda langsung tidak diberikan peluang untuk mengeluarkan idea mahupun memberi kritikan pada pihak yang salah. Kesannya, lihat saja apa yang berlaku pada persekitaran politik negara.

Harapan saya, moga segala yang berlaku ini memberikan pengajaran terbaik buat orang muda generasi baru Malaysia. Hormatilah dengan apa yang telah dijanjikan oleh teras masyarakat kita. Tanpa teras dan acuan ini, maka kita tak dapat wujud di sini. Namun, pada pembuat dasar & penyedia acuan, pastikan acuan yang dihasilkan tidak cuba untuk menggadaikan maruah & kehormatan generasi depan.Sekian.

1 comment:

  1. salam sahabatku hilal...
    saya bersetuju dengan pendapat saudara berkaitan dengan warga tua @ panggilan manis "orang lama" sebagai teras masyarakat telah semakin luntur warnayanya...

    1) pada hari ini, kebanyakkan masalah yang timbul berkaitan dengan perpaduan dan masalah kaum ini adalah daripada pendapat orang lama ini... bagi saya sebagai generasi muda, tidak nampak masalah ini sebagai satu masalah besar yang perlu dihebohkan di corong2 radio mahupun media masaa yang lain...kerana hal ini boleh diselesaikan secara rundingan terus...
    2) tetapi kerana warga tua ini yang dikatakan mempunyai banyak pengalaman ini, menyelesaikan masalah ini sehingga penimbulkan rasa sangsi dikalangan golongan muda..( bukan untuk mengembalikan nostalgia perang anatara kaum tua dan kaum muda sebelum kemerdekaan), tetapi, sebagai orang muda seharusnya pendapat kita diterima oleh mereka.
    3) bagi "orang lama" ini, sebenarnya mereka terikut-ikut dengan pengalaman mereka semasa peristiwa rusuhan kaum sebelum kemerdekaan dan 13 mei 1969 yang dulu.. memang saya tak dapat nafikan kita harus hati-hati, tapi bagi saya selaku generasi baru, masalah perpaduan sebenarnya timbul disebabkan golongan tua itu sendiri....
    4) satu lagi.. golongan orang lama ini hanya ingin mendapat publisiti murahan dengan menjadi jaguh kepada sesuatu bangsa...ini hanya sebagai satu "political mileage".....untuk menaikkan namanya...manalah tahu silapa hari bulan Pak Lah bagi jawatan Menteti kabinet
    ini sahaja pendapat saya untuk kali ini..
    kepada saudara Hilal, teruskan penulis....hehe..
    SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN....

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.