Selamatkah Kita d UMS?

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua,

Hari ini sudh masuk hari ke 25 kita berpuasa.. Namun, datang pula isu yang saya rasakan penting untuk diketengahkan buat tatapan semua pembaca. Isu keselamatan pelajar di UMS. Isu ni bermula dengan kes penculikan pelajar pendidikan pada akhir tahun lepas. Sehinggalah kepada kes terbaru, kes rogol & bunuh terhadap pelajar pendidikan juga.Kenapa ini terjadi? Adakah kerana mahasiswa UMS xpandai jaga diri? Ataupun ada sindiket untuk menghapuskan pelajar UMS?ini antara persoalan yang banyak timbul di fikiran kebanyakan orang.

Sebagai pelajar yang belajar di UMS, secara konsepnya pelajar akan berasa selamat apabila berada di dalam kampus. JAdi, kampus menjadi tempat perlindungan kepada semua pelajar sekiranya mereka menghadapi masalah ketika berada di luar. Namun begitu, kaedah pengawalan keselamatan di UMS sebenarnya menggunakan kaedah yang pernah digunakan oleh zaman penjajahan Jepun dahulu (konsep yang sama). Kaedah berkurung di waktu malam di mana pelajar tidak dibenarkan keluar selepas jam 11 malam.

Maka apabila berlaku satu situasi di mana pelajar membuat asignmnent sehingga tengah malam, mengalami lapar perlu untuk keluar sebentar bagi membolehkan mereka menndapatkan makanan. Selain tue, mungkin juga ada pelajar membuat perbincangan kumpulan di luar kampus yang terpaksa balik hingga tengah malam. Ada juga pelajar keluar untuk melepaskan tekanan & stress untuk menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak pada tengah malam.

Apa yang menyedihkan di sini ialah semua pelajar ni xdapat untuk masuk semula ke kampus selepas jam 11 malam. Maka mereka terpaksalah untuk menunggun hingga jam 6 pagi barulah dapat masuk semula ke dalam kampus. Di sini kita dapat lihat betapa ancaman untuk pelajar ini diganggu ataupun dilakukan jenayah menjadi tinggi risikonya sekiranya pelajar terpaksa melepak di kawasan sekitar sebelum dapat masuk ke dalam kampus.

Mungkin ada pihak yang akan mengatakan "siapa suruh keluar? sendiri keluar sendiri tanggunga la!". itu ungkapan yang mungkin akan di ketengahkan...tetapi, apa yang pasti di sini, risiko pelajar untuk menghadapi ancaman dari pihak luar tinggi akibat xdapat masuk ke "kubu" selamat mereka. Sudah la begitu, pihak keselamatan pula seolah-olah sengaja tidak ambil peduli berkaitan hal ini. Apa salahnya dibiarkan pelajar pulang ke bilik walaupun waktu tengah malam??? Susah sangat ka?

Jadi, di sini sebenarnya telah cukup untuk membuktikan kepada kita bahawa kewujudan kad pelajar & stiker kenderaan pelajar hanyalah sebagai hiasan semata-mata. Mungkin kepentingan kad pelajar ini sebagai pelengkap untuk membolehkan pelajar pinjam buku di perpustakaan dan sebagai pengenalan diri bagi pelajar semenanjung yang berada di sini. Bukankah pihak keselamatan seharusnya memastikan tiada orang luar datang ke UMS pada waktu tengah malam? Kalau sudah dipastikan bahawa individu itu merupakan pelajar UMS, kenapa mesti dihalau dan terpaksa pula menunggu hingga 6 pagi baru dapat masuk???

Cadangan saya, kalau la susah sangat untuk buka gate di waktu malam, harap dibuatkan satu "autogate" yang mana pelajar perlu masuk dengan scan kadnya di pintu masuk. Mudah, senang & efektif. Kalau masalah kos, saya rasa tiada yang perlu dibangkitkan. Cuma mahu atau tidak sahaja. Sudahlah pegawai keselamatan kita tidak cukup.

Kepada rakan siswa, harap kita dapat jaga diri dengan baik sekiranya xdapat masuk pada waktu tengah malam. Kepada pihak lain, harap ambil perhatian dengan isu ni. Semoga kita semua selamat & diredhai Allah S.W.T

7 comments:

  1. aku stuju..paling aku xsuka pgwl kslmtn halau student dan xbg masuk. at least bg la msuk, nk ctat nmbr kad matrik pun xpelah asalkan dpt msuk..nsib bek kat ip xmcm tu..

    ReplyDelete
  2. IP boleh!!!
    hehehe...
    ada betulnya apa yang sedara hilal ni ckp...

    ReplyDelete
  3. mungkin ada betulnya.
    tp kalu dikuatkuasakan, bakal disalahgunakan. kalu ada penyelesaian utk mengekang penyalhgunaan, cadangan ini teda masalah.

    ReplyDelete
  4. i agree with u 150% haha.

    diorang kan guna shift bekerja (pengawal keselamatan kita tu) so dorg perlu la jalankan tugas utk pastikan budak UMS dpt masuk ke kampus...

    nasib baik aku ada rumah dkt likas.. hari tu aku nak balik campus dr inanam, dah lepas jam 11.. terpaksa aku balik kat rumah.. yg korg org semenanjung lagi la susah... klu teda bus jam 10 dr KK, mcm mana korg nak balik?

    huhu~
    sistem yg tidak dikaji dgn teliti.
    baik korg appeal dgn pihak atasan dan buat cadangan ni. pros and cons.

    "tp kalu dikuatkuasakan, bakal disalahgunakan" - hamba allah
    tu bergantung dgn diri sendiri la. yg penting... kita tau niat kita nak buat apa kat luar..

    klu ada yg slh gunakan, boleh buat ni sbg tatatertib yg serious (cehwah...hehe)
    asalkan kita balik dgn keadaan yg selamat.

    ReplyDelete
  5. Tq atas komen anda semua. Memang semua benda boleh disalahgunakan kalo diberi kebebasan. Cuma kita nie dah jadi mahasiswa UMS pon xkan xreti nak pikir kot???btul x? Saya pernah cuba untuk mencadangkan usul ni. Namun, tiada peluang yang cukup baik untuk masa sekarang.Harap perkara ni dapat diperjuangkan di masa depan demi kebaikan & kesejahteraan bersama.

    ReplyDelete
  6. setuju.. mcm saudara ckp, "Memang semua benda boleh disalahgunakan kalo diberi kebebasan.Cuma kita nie dah jadi mahasiswa UMS pon xkan xreti nak pikir kot???"

    bukan sbb tak reri nak pikir, tp dsbbkan "segolongan mahasiswa yg tak reti nak pikir" tu la, saya rasa pihak uni tak terima cadangan tu. sbb nila setitik rosak susu sebelanga.

    ini hanya pandangan dari seorang hamba allah yg kerdil...wallahualam

    ReplyDelete
  7. SETUJU SANGAT!!
    dah la pak guard pun kerek giler.. baru jadi pak guard.. blum jadi lecturer :P

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.