Friday, September 26, 2008

Nasib seorang blogger muda.

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Dengan perkembangan teknologi masa kini, kita banyak terdedah dengan dunia internet atau lebih mudah dikatakan dengan Teknologi Maklumat. Justeru itu, trend terkini terhasil apabila diwujudkan blog untuk memudahkan orang ramai meluahkan pendapat dan berkongsi cerita dengan orang lain. Selain itu, kewujudan blogger ni juga sebenarnya telah banyak mencungkil bakat-balat baru di bidang penulisan. Blogger juga sebenarnya telah banyak membolehkan sebarang idea yang cuba diketengahkan oleh penulis atau pemilik blog ini untuk menyebarkan idea mereka.

Biaroun banyak orang yang cuba mencuri idea dari penulis, ia sebenarnya menjadi satu medan yang TERBAIK untuk brain storming di samping menjadi medan untuk mendapatkan maklumat.

Namun begitu, trend menulis blog telah mula bertambah dari hari ke hari. Di UMS kini, terdapat lebih 100 laman blog yang ditulis oleh pelajar. Xkisah siapa pelajar tersebut, MPP, JAKMAS mahupun mana-mana pelajar yang ada di sini. Tiada penghalang untuk menulis blog. Selagi berminat, mempunyai keinginan yg tinggi maka teruskan berjuang untuk blog anda..

Banyak juga tuduhan dan fitnah yang cuba dikenakan ke atas penulis blog ini. Saya banyak kali disindir oleh pihak yang berminat dengan blog saya. Banyak juga tuduhan yang xbetul terhadap penulisan saya. Satu sahaja pesana untuk peminat blog ini, harap anda dapat menyampaikan komen anda di blog ini. Nak kutuk atau luahkan perasaan, boleh sahaja. inilah arus globalisasi yang perlu kita tempuhi. Tempuh dengan realiti hidup sebenar. Kalau isu tersebut benar2 menghantuk kepala sendiri, jangan terus melatah. jawab isu dengan baik di bahagian komen yang disediakan. Semoga blog ini dijadikan medan terbaik dalam memastikan idea orang muda daat dikeluarkan. Jangan cuba untuk menghapuskan generasi yang bakal memimpin negara pada masa depan.

Hidup blogger!!!

4 comments

salam singgah menyinggah

hahaha...btul...ada yg tkut dgn pkmbgn blogger d ums...ak ada dgr ceta tu jgk...kdg2 ak bngung jugak fkir npa msti tkut dgn pkmbgn ni... ini pndgn msing2... nk bsuara tbuka siap kna kejar nnt...so bsuara ikt blog kira ok...hahaha

hehe...
tu la aku malas jga cerita ttg isu yg berkaitan dgn ums, politic atau pn apa2x yg berkaitan yg mempunyai aura2x serious! AHAHA..

sya lebih suka mmbaca n beri komen.
=)

tapi betul jg la..
wlupun blog aku mcm kicai ping tp ada juga kawan2x aku sindir guna ayat2x dari blog aku! huhu...

LOL

Tq pie & amy....xkisah macm mana rupa atau ayat yang kita guna...apa yang penting kita tak disekat untuk melemparkan idea yang terpendam dalam fikiran & hati....ahaha

SALAM, lal tertarik aku pasal tajuk ni...nasib seorang blogger muda..

pendapat aku la, penulisan blog ini adalah salah satu wadah untuk kita memberikan idea, memberikan pandangan dan sebagainya, tetapi kita kena ingat, setiap yang bebas itu perlu ada satu 'sempadan" untuk kita tak boleh lepasi. bukan maksud aku kita nak sekat kebebasan bersuara, bukan! tapi sebagai satu panduan kpd kita, walau mcm mana bebas pun kita, perlu kita ada satu peraturan yang tidak terlalu mengongkong untuk kita menjaga perpaduan yang telah kita kecapi ini.
1) kalau takda peraturan seperti akta hasutan 1949, semakan 1969, kebebasan ini akan dimanipulasikan oleh pelbagai pihak untuk kepentingan peribadi. kalau tak percaya lihat indonesia.
2) dalam peraturan kita tak boleh terlalu ketat dan mengongkong sehingga idea kita akan menjadi tertutup disebabkan kita tak boleh bersuara.
3) kerajaan mahupun UMS harus menilai, kebebasan untuk bersuara untuk dari segi macam mana dan buat satu kayu ukur supaya idea-idea pelajar ini tidak diikat dengan satu peraturan yang dibuat demi kepentigan diri bukan kepentingan kesatuan mahupun perpaduan.
4) kita mesti ingat, gunakanlah sebaik-baiknya kebebasan yang ada ini. menghentam, mengkritik, memuji mahupun mencadangkan sesuatu adalah lumrah dalam bersuara, jangan kita mudah berputus asa. tetapi menghina peribadi seseorang itu adalah dosa besar. menghentam idea adalah perkara biasa. tak semua bersependapat dengan kita.

itulah sahaja pendapatku untuk kalai ini, kepada penulis, teruskan usaha ini. sama-sama kita semarakkan negara kita dengan semangat perpaduan!!!
wallahua'lam....

Sebarang komen amatlah dihargai.