Tuesday, September 30, 2008

Berakhirkah ia??

Tinggal beberapa jam sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita... Adakah kita telah betul2 menggunakan bulan Ramadhan sebaiknya untuk mengumpul pahala? Ataupun lebih teruk dari bulan2 biasa? Hanya kita sahaja yang mengetahui sejauh mana amalan yang telah dilakukan..


Selain itu, Ramadhan kali ni juga memberikan kita banyak pengajaran dengan perkara yang berlaku di serata dunia. Bermula dengan kes penculikan Kapal Bunga Melati milik MISCkegawatan ekonomi di Amerika Syarikat, pergolakan politik dan terbaru taufan Hagupit yang berlaku di Vietnam sehingga kini telah mengorbankan sebanyak 41 nyawa. Segala bala bencana yang berlaku ini sebenarnya menjadi indikator utama kepada kita bahawa betapa pentingnya untuk kita bersatu & kerjasama yang baik dalam memastikan permasalahan yang berlaku ini diselesaikan dengan baik.

Dengan menggunakan prinsip & amalan di bulan Ramadhan sebenarnya mampu memberikan kita kekuatan bagi memastikan segala permasalahan ini selesai. Contohnya, semasa di bulan Ramadhan kita diasuh agar bersabar dalam menghadapi dugaan berpuasa. Ini dapat dijadikan sebagai satu penanda aras untuk membolehkan kita mengamalkan konsep sabar dalam memberikan pendapat & membincangkan penyelesaian masalah. Malahan, kita dilarang untuk menggunakan sebarang kaedah yang kasar dalam membuat sebarang keputusan.

Apa yang penting di sini, segala prinsip dan amalan di bulan Ramadhan sewajarnya diaplikasi secara berterusan di bulan-bulan yang lain. Seperti berjimat, mengurus masa dengan baik, memperbanyak amalan sunat dan banyak lagi.Semoga segala pesanan ini memberikan saya dan pembaca iktibar & panduan dalam menempuh bulan Syawal, Zulkaedah, Zulhijjah sehinggalah kita bertemu semula dengan Ramadhan akan datang. Semoga sambutan lebaran ini tidaklah dipenuhi dengan perbuatan dosa mahupun perkara yang melalaikan. Insyaallah. Semoga segalanya tidaklah berakhir hanya pada hari ini...

1 comments :

Ampun dan maaf sekiranya...

>>>terkasar bahasa
>>>tersilap bicara
>>>termarah yang tak kena
>>>tertanya tak tentu hala
>>>tersasul yang tak sengaja
>>>terpukul kat mana-mana
>>>terpekik di telinga
>>>tergurau tak menjadi
>>>terpinjam harta benda
>>>terjanji tak tertunai
>>>ter'moody' tiba-tiba
>>>terumpat bila-bila
>>>termacam-macam lagila
SEMOGA DIMAAFKAN

>>>SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN<<<<

Sebarang komen amatlah dihargai.