Selepas ini?

Salam pasca pilihanaya kecil permatang pauh untuk semua.

Kini kita semua telah ketahui akan keputusan yang dinantikan oleh seluruh warga Malaysia terutamanya.DSAI telah menang, dan kini kita hanya perlu tunggu dan lihat samaada beliau berjaya menjadi PM atau tidak ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Dari keputusan yang terhasil daripada pilihanraya ni, ternyata rakyat Malaysia berfikiran untuk jangka masa pendek. Mana xnya, bila kita teliti setiap satu JANJI yang diwar-warkan semasa pilihanraya yang lalu(pilihanraya kecil Permatang Pauh), kebanyakan daripadanya ialah untuk menyelesaikan isu yang boleh diselesaikan kerajaan sedia ada. Isu minyak, rasuah & salahguna kuasa. Bagi isu minyak, memang xdapat dinafikan isu ini memang banyak memberikan kesan kepada rakyat yang terpaksa menanggung beban kesan kenaikan harga bahan api ni. Kiranya rakyat mengundi Anwar untuk minta dia turunkan harga minyak, jadi selepas itu??? Apa yang DSAI akan lakukan? Teruskan usaha memperbanyakkan harta sahabat handai & ahli keluarga beliau ka???Xpun,nak teruskan menggadai kedudukan istimewa orang Melayu & bumiputera???

Sama-sama kita fikirkan...
Sekian.




2 comments:

  1. Komen ni tak kena mengena dgn tajukni pun...
    salam ramadhan al-mubarak.

    semoga bulan yg mulia ini
    akan dipenuhi dengan perkara2 yg mulia jgk.

    insafi diri,
    perbaiki kendiri,
    hidup dihargai,
    amalan ditingkati,
    syurga pasti menjadi destinasi
    untuk yang beriman dan berbakti,
    menuju kejalan yang di rahmati,
    kerana Allah telah berjanji,
    syurga untuk orang2 yang beriman dan menurut segala suruhan,
    menghindar segala kemungkaran.

    sama2 mengerjakan
    keberkatannya
    demi kemulian islam.
    selamat berpuasa…

    ReplyDelete
  2. salam sahabatku Hilal...
    ini adalah sedikit coretan yang mampu diriku ini tarikan....
    bagi pendapat saya sebagai rakyat Malaysia biasa, persoalan jangka masa pendek atau panjang itu bukan persoalan yang perlu dijawab sekarang. kerana apa, persoalan perancangan jangka masa ini adalah hak ekslusif sesebuah parti. seperti pemerintah kita sekarang, perancangan jangka pendek adalah Bajet 2009, manakala perancangan jangka panjang ialah RMK-9, manakala bagi perancangan jangka masa panjang bagi pembangkan g pula ialah penurunan harga minyak ( penurunan yang dikatakan oleh ketua pembangkang adalah lebih besar berbanding pemerintahan sekarang), membasmi rasuah dan memulihkan ekonomi. jangka masa pjg bg pembangkang blum lagi diuar-uarkan kerana saya yakin dan percaya ia ada berkaitan dengan modus operandi mereka. kalau pembangkang menguar-uarkan sekarang, tiba-tiba mereka nasib x menyebelahi mereka dan mereka x dpt menubuhkan kerajaan, hal ini adalah sia-sia. jadi pada pendapat saya pembangkang hanya akan mengumumkannya selepas menukar kerajaan pada 16 september seperti yg diuar-uarkan oleh mereka.
    saya bukan untuk memihak kepaa mana-mana pihak, wlpun disudut hati ini sudah mempunyai pilihan sendiri, tp itu biarlah menjadi rahsia kita masing-masing. persoalan berkaitan kronisme dan sebagainya itu adalah satu perkara yang subjektif. menurt pakar sains politik dunia, kronisme ada dua...1. memberikan manfaat pada negara, 2. meruntuhkan negara....jgn takut dgn perkataan kronisme....kronisme memberika kebaikan bila ia digunakan secara adil dan baik oleh penggunanya demi kepentingan semua. ini sama juga seperti demokrasi, demokrasi sistem pemerintahan yang baik, tetapi kalau tidak di laksanakan dengan baik sistem demokrasi akan bertukar juga menjadi anarki mahupun diktator. ini bergantung kepada bagaimana cara kita mengimplementasikannya.
    ini adalah pendapat penulis semata-mata, yang baik itu dtgnya dari yang MAHA KUASA......
    teruskan perjuagan selagi nyawa belum melayang.....

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.