Sekitar Hari Pembuangan Undi Parlimen PErmatang Pauh.

Pagi yang cerah...Hari yang penting untuk masyarakat Permatang Pauh. Saya berkesempatan untuk melihat sendiri pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah KEbangsaan Seberang Jaya, di Taman Sembilang, Seberang Jaya,Pulau Pinang. Selepas manjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Permatang Pauh, saya terus melihat keadaan sekeliling. Didapati Datuk Seri Anwar dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berada di sini pada waktu yang sama. DSAI hadir untuk menjalankan pembuangan undi di sini. Manakalah Datuk Seri Najib memberikan semangat dan juga sokongan moral kepada pengundi yang datang mengundi. Bila anda semua tanya pada siapa saya undi??? Biarlah itu menjadi rahsia saya dalam memilih pemimpin kawasan saya.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh menjadi satu pilihanraya kecil yang BESAR maknanya kepada rakyat Malaysia. Ratusan malah mungkin juga ribuan wartawan asing hadir untuk membuat liputan sepanjang berlangsungnya tempoh kempen & hari pembuangan undi. Saya sempat bersembang dengan seorang wartawan dari Australia. Xsempat nk tanya nama tadi. Tapi dari apa yang saya dapat katakan, wartawan ini begitu menghaap agar DSAI memenangi pilihanraya kali ini. Saya x hairan kerana kaedah kempen & provokasi oleh PKR dalam pilihanraya kali ini melangkaui seluruh dunia.

Apakah keputusannya??? Kita nantikan bersama.Berikut sedikit gambaran untuk tatapan anda semua...





































Dari gambaran ni kita dapat lihat macam2 karenah penyokong dari kedua-dua belah pihak....Diharapkan keamanan negara kita tetap terjaga. Juga mari kita sama-sama doakan agar apa keputusan yang terhasil malam nie mampu memastikan negara ini terus selamat, aman & makmur demi Islam untuk semua....Ok. Nak gi check in flight ke KK jam 7.30 malam ni...Bye..



Isu Malaysia
August 26, 2008
0

Comments

NCIGNOW2

Search

Popular Posts

Selain kawalan kendiri, seksaan kendiri juga perlu diberi perhatian

Hidup kita perlukan disiplin. Melalui disiplin segala laluan hidup biasanya aka…

3 pengalaman pelik jadi bapa di tahun 2020

Tahun 2020 melengkapkan kehidupan aku sebagai bapak selama lebih empat tahun. D…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pengalaman di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Kata kunci Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM selama ini hanya menda…

Apa terjadi kepada jalan utama Kuala Lumpur ketika sambutan ambang 2020?

Maaflah lambat sikit video ni. Proses mengeditnya yang ambil masa lebih sikit…

Hebat!