Adakah ianya berakhir?

Mulanya perjuangan itu,
banyak kontroversi & stress,
mulanya perjuangan itu,
banyak yang mula kecewa,
banyak yang mula mengharap,
harapan membawa pulang kejuaraan,

ketika sedang berjuang,
habis semua keringat disedut,
semua idea dicuri tanpa rasa sangsi,
hasil-hasil yang dikumpul habis dihancurkan,
maka tinggalla kuli-kuli yang mula datang,
mula mengutip kembali,
segala usaha lampau bagi persediaan perjuangan itu,

kini, perjuangan itu terkandas,
terkandas akibat usaha tiga suku banyaknya,
biarpun kita dari suku berbeza,
namun perjuangan kita serupa,
Mencari kejuaraan yang juga serupa,
cuma mungkin tamak yang ada,
telah memisahkan kita,
adakah perjuangan ini akan berakhir disini?
adakah pejuangan ini akan diteruskan?
hanya Tuhan saja yang mengetahuinya.
Karya
July 29, 2008
1

Comments

  1. Perjuangan itu bakal diteruskan
    dengan azam yang baru
    nawaitu yang baru
    cara yang baru
    moga perjuangan ini
    bakal membuka mata
    mereka2 yang menyangsi
    kebolehan "kuli-kuli"

    perjuangan kali ini
    bukan kemenangan yang dicari
    tetapi
    mengangkat kembali
    maruah "kuli-kuli"

    "kuli-kuli" ini
    akan sentiasa memberi
    selagi bantuan mereka diperlukan
    kerana
    ternyata ia mempunyai
    kepuasan tersendiri
    yang hanya "kuli-kuli"
    rasai

    ReplyDelete

Post a Comment

Sebarang komen amatlah dihargai.

Hebat!

Search

Popular Posts

Raya yang laju dan menderu....

Sawang yang terkumpul di blog ni semakin membimbangkan.  Terdapat banyak pos…

Upacara mengejar ayam menggunakan teknologi 'dron'

Kalau dah namanya ayam kampung, memang sukar untuk kita bermesra ataupun mendek…

Pertahankan keamanan yang kita ada!

Kisah kematian dua beranak ketika cuba merentas sempadan Mexico - Amerika Sya…

Belajarlah daripada Spiderman!

Filem terbaru keluaran Marvel Studios, Spiderman: Far from Home merupakan filem…