Prejudiskah kita?

Assalamualaikum & salam sejahtera.
Alhamdulillah, dengan segala kekuatan yang ada dikurniakan oleh Allah, saya berjaya mengharungi cabaran & dugaan dalam menjalankan kehidupan & menyelesaikan perkara yang dikira penting dalam saya menunaikan tanggungjawab.

Akan tetapi, berlaku banyak kes yang telah berjaya saya nampak dan sedar. Kes-kes penyelewengan, kes penyalahgunaan kuasa dan juga kes gangguan seksual. Kebanyakan kes ini biasanya sukar & amat mencabar untuk kita bincangkan. Apatah lagi untuk selesaikan.

Akan tetapi, saya amat kecewa dengan beberapa pihak yang begitu prejudis dengan apa yang saya lakukan. Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan blog yang sangat kontroversi. Blog yang membongkar kisah2 penyalahgunaan kuasa oleh satu pihak di UMS ni. Saya rasa xperlu untuk saya terangkan. Tapi pihak tersebut tanpa usul periksa dengan bangganya menuduh saya dan cuba untuk bawakan saya ke pihak Polis.Saya cuba untuk mengambil kes ini dengan rasional & bebas. Ingatkan dengan perjumpaan dengan "ketua" di pihak yang menuduh saya nie (saya xmo guna perkataan fitnah, nanti kasar pulak bunyinya), boleh la settle kisah ni.

Baru-baru nie, saya hadiri satu majlis di UMS. Tapi, suara-suara sumbang ni masih kedengaran akan tidak puas hati terhadap saya.Mungkin apa yang boleh saya boleh buat, abaikan saja diorg ni.Biarkan Allah saja yang balas akan apa yang diorang buat.

1 comment:

  1. TAHNIAH & SYABAS
    HILAL (Jgn Putus Asa)

    "When you are kicked & criticized,
    remember that it is often done
    because it gives the kicker a feeling
    of importance. It often means that you
    are accomplishing something and
    are worthy of attention.

    Remember that unjust criticism is
    often a disguised compliment.
    Remember that no one ever
    kicks a dead dog"

    by Dale Carnegie

    ReplyDelete

Sebarang komen amatlah dihargai.