Pantun Untuk Prof Datuk Dr Mohd Noh Dalimin

Salam sejahtera semua pembaca,
Sempena perkhidmatan Datuk Noh sebagai Naib Canselor UMS akan tamat pada 17hb jun 2008. Jadi, sempena dengan itu, saya dan saudara Inmran (Setiausaha Kehormat KAL) menukilkan 10 rangkap pantun khas untuk Datuk Noh.

Bunge reflesia kembang bersemi,
Jadikan UMS lebih berseri,
Ini persembahan dari kami,
Untuk Datuk Noh pantun diberi.

Pramugari Air Asia Berbaju Merah,
Terminal 2 Di Tanjung Aru,
18 Mac 2005 Tarikh bersejarah,
Mengorak langkah kehidupan baru.

Jalan berkelah sampai ke Tuaran,
Jalan bersama Datin Mariati,
Ranjau berliku banyak cabaran,
Namun semangat menggunung di hati.

Sampai ke UK menuntut Ilmu,
Dengan niat yang amat murni,
Kami kagum akan peribadimu,
Menjadi inspirasi anakanda di sini.

Sungguh bahagia menjadi suami,
4 putera, 3 puteri,
Mendekati rakyat polisi kami,
Universiti Rakyat nama diberi.

Lesung pipit penyeri muka,
Tatkala tersenyum seungguhlah tampan,
Banyak suka banyak duka,
Tidak dilupa setiap pengorbanan.

MPP & HEP tidak berlaga,
Saling berhubung dekat di hati,
Korban masa korban tenaga,
Hingga Megalab jadi realiti.

Mari Berkayak Hingga Ke Labuan,
Pergi ke Labuan mencari Maggi,
Jangan lupa jaga kesihatan,
Walau bekerja hingga ke pagi.


Bertekad cemerlang sentiasa di hati,
Siswa & siswi sentiasa disapa,
Patah tumbuh hilang berganti,
Jasa Datuk Noh tidak dilupa.

Wahai Datuk Noh NC Cemerlang,
Semoga Datuk sentiasa sihat,
Doakan PMUMS terus gemilang.
Pencetus keunnggulan ummah sejagat.


Hasil Nukilan Oleh:
Hilal Azmi
Mohd Inmran Sahul Hamid


Inilah Kami ketika sedang berkarya..



Semoga dengan kepimpinan baru UMS, di bawah Datuk Kamaruzaman Hj Ampon, UMS akan terus Cemerlang, Gemilang & Terbilang.

0 comments:

Sebarang komen amatlah dihargai.